Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP kemuka idea bantu warga rebut peluang sektor hijau

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



PELBAGAI usaha perlu dijalankan bagi mempersiap warga Singapura untuk merebut peluang dalam sektor kemampanan, sedang negara beralih menjadi masyarakat rendah karbon.



Demikian disuarakan beberapa Anggota Parlimen (AP) semasa membahaskan usul agar pemerintah mempertingkat pembiayaan hijau, mewujudkan lebih banyak pekerjaan hijau serta memperkukuh kebertanggungjawapan korporat dengan kerjasama sektor privet, masyarakat sivil dan masyarakat, di Parlimen semalam.



Usulan itu difailkan oleh Cik Poh Li San (GRC Sembawang), dengan seramai 19 Anggota Parlimen (AP) secara keseluruhan mengambil bahagian dalam bahas usulan itu.



Dalam usaha mempersiapkan rakyat Singapura bagi pekerjaan hijau, beberapa AP menyarankan agar sebuah Akademi Ruang Hijau khusus bagi latihan dan penyelidikan dan pengembangan (R&D) berkaitan kemampanan ditubuhkan.



Mereka juga menyarankan agar program bekerja sambil belajar yang dipertingkat dapat dibangunkan menerusi pendekatan kerjasama tiga pihak.



Selain itu, mereka menyentuh usaha merebut peluang pertumbuhan hijau, dan peningkatan kemahiran serta transformasi pekerjaan bagi peralihan inklusif.



Misalnya, Cik Poh berkata sistem pendidikan Singapura akan perlu mempersiap dan melatih warga Singapura dan penduduk segenap lapisan usia yang bersedia meraih pengetahuan dalam bidang hijau dan kemampanan.



Ini termasuk membuat pengemaskinian dan perubahan kepada modul kursus di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan institut pengajian tinggi.



Tambahnya, usaha membangunkan pakar setempat melalui Akademi Ruang Hijau akan mengambil masa, dan cara terpantas melancarkan kursus latihan dalam jangka pendek hingga pertengahan adalah dengan memanfaatkan institut pengajian semasa.



"Adalah mencabar, dalam landskap pesat berkembang ini, untuk melakarkan sukatan pelajaran baru dan dikemaskini, merekrut dan mempersiapkan jurulatih, dan melancarkan kursus bermutu tinggi dalam cara yang tepat pada masanya untuk memenuhi keperluan industri," kata beliau, yang bercakap dalam bahasa Melayu dan Mandarin selain Inggeris.



"Kursus pendek akan membolehkan pelajar semua usia mendaftar dan mengumpulkan kredit ke arah pensijilan. Ini bersifat fleksibel dan inklusif, terutama bagi pekerja yang mahu menukar kerjaya ke dalam ekonomi hijau," tambahnya.



Cik Hany Soh (GRC Marsiling- Yew Tee) pula berkata lebih banyak modul pengetahuan dan kemahiran yang bertumpukan kemampanan di institut pengajian tinggi dan kursus SkillsFuture diakreditasi dapat dibangunkan.



Selain itu, beliau menambah lebih banyak peluang bekerja sambil belajar bagi pelajar institut pengajian tinggi boleh disediakan untuk mereka belajar tentang amalan kemampanan dalam pelbagai industri.



Cik Rachel Ong (GRC West Coast) pula antara lain menyarankan institut pengajian tinggi mempertimbang untuk menambah kurikulum dengan modul yang dibangunkan bersama dengan rakan industri, yang ditawarkan pusat pendidikan dan latihan berterusan (CET).



"Ini akan membolehkan lulusan baru juga dilengkapi dengan kemahiran semasa dan terkini selepas tamat pengajian, menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam pasaran kerja," tambahnya.




"Adalah mencabar, dalam landskap pesat berkembang ini, untuk melakarkan sukatan pelajaran baru dan dikemaskini, merekrut dan mempersiapkan jurulatih, dan melancarkan kursus bermutu tinggi dalam cara yang tepat pada masanya untuk memenuhi keperluan industri. Kursus pendek akan membolehkan pelajar semua usia mendaftar dan mengumpulkan kredit ke arah pensijilan. Ini bersifat fleksibel dan inklusif, terutama bagi pekerja yang mahu menukar kerjaya ke dalam ekonomi hijau."
- Cik Poh Li San (GRC Sembawang).




"Kita perlu mencari cara membangunkan kumpulan bakat untuk membantu Singapura kekal sebagai destinasi menarik bagi perniagaan, terutamanya mereka yang meletakkan premium pada kemampanan. Adalah penting bagi pemerintah dan perniagaan membantu pekerja melengkapi diri mereka untuk melakukan pekerjaan hijau ini - sama ada dalam sektor sedia ada atau sektor baru."
- Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh).




"Sementara peluang wujud... bagaimana boleh kita menyokong perusahaan setempat, khususnya syarikat kecil dan sederhana (SME), untuk memahami dan merebut peluang ini? Satu cara ialah dengan menggalak institusi kewangan membolehkan pinjaman hijau didapatkan dengan lebih mudah, terutama sekali bagi syarikat lebih kecil sementara menyediakan pembangunan keupayaan untuk melakukan demikian.
- Cik Nadia Samdin (GRC Ang Mo Kio).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >