Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP kemuka pelbagai saranan demi lindungi kebajikan warga emas

Feb 07, 2018 | 05:30 AM



USUL memberi lebih banyak sokongan kepada warga emas demi melindungi kebajikan golongan itu menerima sokongan meluas daripada Anggota Parlimen (AP) termasuk AP pembangkang.



Sekumpulan enam AP Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah mengemukakan usul yang menggesa Dewan mengiktiraf warga emas sebagai anugerah kepada masyarakat, menyumbang ke arah sebuah negara yang bijak dan berdaya tahun.



Usul itu juga menggesa pemerintah agar terus memperkukuh sokongan kepada golongan tersebut.



AP yang mengemukakan usul itu ialah Encik Henry Kwek (GRC Nee Soon); Cik Cheng Lee Hui (GRC Tampines); Dr Lily Neo (GRC Jalan Besar); Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar); Cik Rahayu Mahzam (GRC Jurong); dan Cik Tin Pei Ling (MacPherson).



Seramai 12 AP berucap menyokong usul tersebut, masing-masing menyarankan pelbagai usaha merentas bidang perumahan, penjagaan kesihatan dan perundangan demi mempertingkat sokongan kepada warga emas.



Ramai AP turut menukil kisah kehidupan warga emas yang dekat pada hati mereka.



Tidak kurang juga yang menceritakan kisah warga emas yang diabaikan anak mereka.



Dr Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio) misalnya menukil kisah Encik Mohamed dan isterinya yang telah menjual flat tiga bilik mereka 10 tahun lalu kerana mahu membantu anak lelaki mereka.



Dapatan daripada penjualan flat itu diberikan kepada anak mereka untuk membeli sebuah flat lima bilik.



Namun setelah hampir 10 tahun kemudian, pasangan itu dihalau keluar oleh anaknya.



"Mereka risau dan tergesa-gesa terpaksa mencari flat sewa.



"Remuk hati saya mendengar cerita mereka," kata Dr Intan sambil menggesa pemerintah menyemak dasar perumahan agar dapat memberi perlindungan kepada warga emas yang mahu menjual rumah mereka.



Cik Rahayu dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Chia Yong Yong pula menggesa pemerintah menyemak peranan Tribunal Penyaraan Ibu Bapa (TMP) yang memberi laluan kepada warga emas yang kurang mampu untuk menuntut dana penyaraan daripada anak-anak mereka.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Pembangunan Negara Desmond Lee berkata pemerintah akur bahawa ada ibu bapa yang keberatan menuntut penyaraan daripada anak mereka.



Menurut beliau, Akta Penyaraan Ibu Bapa (MPA) membenarkan Pesuruhjaya menghuraikan isu menerusi perundingan tanpa perlu memulakan proses guaman di TMP.



"Jika ibu atau bapa tidak berdaya membuat permohonan, Pesuruhjaya boleh membuat permohonan baik pihak ibu atau bapa dan dengan kebenaran mereka.



"Sejauh ini Pesuruhjaya tidak pernah perlu membuat permohonan bagi pihak ibu atau bapa memandangkan ramai anggota keluarga tampil membantu ibu bapa mereka," kata Encik Lee.



Dalam hujahnya, beliau turut merumuskan pelbagai skim perumahan pemerintah yang mesra warga emas.



Ini termasuk menyesuaikan reka bentuk flat dengan ciri mesra warga emas dan skim yang membenarkan golongan itu meraih pendapatan tambahan daripada flat mereka.



Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leon Perera pula menyarankan supaya diadakan lebih banyak peluang bagi warga emas bekerja atau menyumbang kepada masyarakat.



AP yang menyertai perbahasan juga melahirkan keprihatinan tentang isu menangani kos penjagaan kesihatan warga emas.



Dalam hal ini, Menteri Negara Kanan (Kesihatan) Dr Amy Khor menyenaraikan pelbagai skim dan subsidi yang ditawarkan pemerintah untuk mengurangkan kos penjagaan kesihatan.



Ini termasuk Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) dan MediShield Hayat.



Menteri Negara (Tenaga Manusia) Sam Tan pula memberi pendekatan progresif pemerintah dalam menggalak warga emas kekal bekerja serta usaha mencegah diskriminasi di tempat kerja berdasarkan usia.



Sementara Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan) Janil Puthucheary pula berkata terdapat pelbagai usaha memanfaatkan teknologi demi membantu warga.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >