Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

AP kemuka saranan tangani kos tinggi kendali perniagaan

kos
Mar 02, 2022 | 05:30 AM



KOS tinggi bagi mengendalikan perniagaan mendapat perhatian Anggota Parlimen (AP), terutama dengan peningkatan kos tenaga yang bakal dilaksana.



Dalam perbahasan Belanjawan 2022 semalam, pelbagai saranan dikemukakan AP, termasuk menyediakan rebat tenaga kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) yang setara dengan Baucar U-Save yang diberi kepada penduduk Singapura, jika Skim Sokongan Kontrak Elektrik Sementara (Trecs) tidak boleh diperluas.



Trecs dilancarkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Januari untuk membantu SME menangani ketidaktentuan harga elektrik borong dan membolehkan pengguna tenaga komersial membeli elektrik pada harga tetap.



Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) mengongsi kebimbangan beberapa SME mengenai kos menjalankan perniagaan.



Beliau berkata beberapa SME menyuarakan kebimbangan mengenai kos menjalankan perniagaan yang mungkin meningkat dengan berita tentang kenaikan cukai karbon.



"Perkara mengenai kos sara hidup dan kos menjalankan perniagaan bukan topik baru yang dibangkitkan di dalam dan luar Parlimen.



"Namun, tetap wajar untuk mendengar perusahaan tempatan yang masih mengharungi cabaran walaupun telah melakukan yang terbaik, terutamanya sekarang," kata Cik Phua.



Kadar cukai karbon di Singapura akan dinaikkan daripada $5 setiap ton yang dikeluarkan kepada antara $50 dengan $80 menjelang 2030, dengan tujuan agar pengeluaran merosot kepada sifar bersih menjelang atau sekitar 2050.



Cukai karbon Singapura dikenakan ke atas semua kemudahan yang menghasilkan 25,000 tan atau lebih pelepasan gas rumah hijau setahun.



Skim cukai karbon Singapura diumumkan pada 2018. Pemerintah pada masa itu menyatakan kadar awal ialah $5 setiap tan pelepasan gas rumah hijau dari 2019 hingga 2023.



Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang) pula menekankan bahawa SME akan menghadapi cabaran menangani cukai karbon lebih tinggi, termasuk tekanan yang semakin meningkat untuk melakukan transformasi.



"Saya sangat bimbang tentang kesan ke atas keluarga berpendapatan pertengahan dan rendah serta daya saing SME tempatan kita.



"Saya berharap pemerintah akan memberi sokongan lebih banyak bagi membantu mereka sepanjang tempoh peralihan ini," ujarnya.



Meskipun menyokong langkah meningkatkan cukai karbon sebagai sebahagian daripada komitmen Singapura untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menangani perubahan iklim, Encik Murali Pillai (Bukit Batok) menyarankan bantuan yang boleh diberi kepada perniagaan keusahawanan di Singapura yang mempunyai projek kemampanan namun tidak mempunyai kepakaran untuk menarik pembiayaan kredit karbon.



Beliau turut menyarankan pemerintah atau lembaga berkanun bekerjasama dengan perniagaan ini dalam penyediaan perkhidmatan seperti sisa kepada loji tenaga untuk menghidupkan tiang lampu di taman perniagaan dan lain-lain.



"Dengan rekod prestasi mantap, perniagaan Singapura ini akan dapat mewujudkan penjenamaan dan reputasi baik sebagai peneraju dalam bidang ini, meneroka rantau ini atau selanjutnya dan menjalankan projek berskala lebih besar untuk mengurangkan pelepasan karbon yang boleh dibiayai melalui kredit karbon," kata Encik Murali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >