Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP lahir prihatin mengenai kurang perlindungan bagi pekerja bebas

Golongan pekerja ekonomi gig tidak dapat faedah yang ditetapkan undang-undang atau buat tuntutan Akta Pampasan Kecederaan di Tempat Kerja
Nov 21, 2018 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) mengalu-alukan pindaan kepada Akta Pekerjaan yang menyediakan perlindungan yang dipertingkat kepada lebih ramai pekerja, termasuk golongan pengurus dan eksekutif.



Namun, mereka menimbulkan keprihatinan tentang hak dan perlindungan bagi pekerja dalam ekonomi gig.



Pekerjaan ekonomi gig merujuk kepada pekerjaan yang dilakukan mengikut kontrak jangka pendek atau pekerjaan bebas.



Ini seperti individu yang bekerja sendiri, pemandu Grab atau pemandu khidmat penghantaran makanan Deliveroo dan Honest Bee.



Mengutarakan keprihatinannya, Encik Zainal Sapari (GRC Pasir Ris-Punggol) berkata golongan pekerja ekonomi gig itu tidak dianggap sebagai pekerja sesebuah syarikat, namun mereka bekerja bagi syarikat di bawah kontrak bagi perkhidmatan dan bukan kontrak perkhidmatan.



Kontrak bagi perkhidmatan ditakrifkan sebagai kontraktor bebas, seperti individu yang bekerja sendiri atau vendor, yang dibayar untuk melaksanakan tugas atau projek.



Di bawah kontrak sedemikian, kontraktor itu tidak berhak mendapat faedah yang ditetapkan undang-undang atau membuat sebarang tuntutan Akta Pampasan Kecederaan di Tempat Kerja (WICA) jika beliau cedera semasa menjalankan tugas.



"Ini menjadikan pekerja mudah terjejas," kata Encik Zainal.



Turut meluahkan keprihatinannya ialah Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) yang berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, terdapat golongan pekerja yang tidak begitu pasti tentang hak pekerjaan mereka dalam aturan pekerjaan sedemikian.



Akibatnya, mereka berisiko berdepan dengan amalan bersifat mengeksploitasi, kata beliau, sambil menyarankan pemerintah untuk meningkatkan usaha dalam kempen pendidikan awam bagi menjelaskan perlindungan dan hak pekerja.



Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Profesor Madya Walter Edgar Theseira, pula berkata terdapat kecenderungan bagi pihak yang mendapatkan khidmat individu yang bekerja sendiri untuk mengarah dan mengawal keadaan pekerjaan mereka.



Misalnya, pemandu khidmat kereta sewa privet dipantau rapat oleh platform khidmat sewa privet, yang mempunyai teknologi dan keupayaan mengurus tingkah laku pemandu mereka.



Profesor Theseira berkata, banyak pihak berkontrak mahu mempunyai manfaat mengawal individu yang bekerja sendiri tetapi tidak mahu memikul tanggungjawab yang ditetapkan undang-undang di bawah Akta Pekerjaan.



Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, dalam ucapannya berkata individu yang bekerja sendiri tidak mempunyai hubungan dengan pembeli perkhidmatan yang sama seperti antara majikan dengan pekerja.



Ini sebab utama mengapa pemerintah tidak cuba mengawal hubungan individu yang bekerja sendiri dengan penyedia perkhidmatan di bawah Akta Pekerjaan, jelas beliau.



Awal tahun ini, satu kumpulan kerja tiga pihak yang dibentuk MOM telah mengemukakan saranan bagi menangani cabaran yang dihadapi individu yang bekerja sendiri.



Pemerintah telah menerima saranan tersebut dan bakal mengumumkan pelan pelaksanaan, dengan maklumat lanjut dikeluarkan kemudian, ujar Cik Teo.



Beliau menambah bahawa pemerintah menyedari bahawa pekerja juga boleh secara salah dikategorikan sebagai individu yang bekerja sendiri untuk mengelak kewajipan Akta Pekerjaan.



Cik Teo berkata dalam tempoh tiga tahun lalu, pihaknya telah berjaya campur tangan dalam sekitar 100 kes di mana pekerja secara salah dikategorikan sebagai individu yang bekerja sendiri dan membantu mendapatkan faedah yang ditetapkan undang-undang atau sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



"Sesiapa yang tidak pasti tentang status pekerjaannya harus mendekati MOM (Kementerian Tenaga Manusia) agar penentuan yang sesuai dapat dibuat," kata beliau.



Selain isu pekerja dalam ekonomi gig, para AP turut mengutarakan saranan lain.



Antaranya, Dr Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio) mencadangkan pemerintah agar kawasan dan tempat rehat khas bagi pekerja khidmat luaran disediakan bagi setiap syarikat, pertubuhan dan bangunan yang mengambil pekerja dan pegawai khidmat sedemikian dalam pindaan Akta Pekerjaan seterusnya.



"Menyediakan kawasan dan tempat rehat khas bagi golongan pekerja pembersihan atau penghantaran, dan pegawai keselamatan kita, tidak akan memerlukan perbelanjaan tinggi.



"Kawasan yang berteduh, berudara dan terang dan yang disediakan meja dan kerusi, itu saja yang diperlukan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >