BEBERAPA pemimpin semalam melahirkan rasa sedih dan hairan memerhatikan bantahan Parti Pekerja (WP) dalam sidang Parlimen kelmarin yang diadakan untuk memberi penghargaan kepada Presiden pertama Singapura, Almarhum Yusof Ishak.
Dewan kelmarin membahaskan pindaan bagi rang undang-undang Institut Pengajian Asia Tenggara (Iseas) yang antara lain mengusulkan agar nama Encik Yusof Ishak digabungkan dengan nama institut berkenaan.