Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP Melayu naik pangkat, sebahagian kabinet baru pemerintah

Jul 25, 2020 | 11:57 PM



Beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu telah dilantik sebagai sebahagian kabinet baru pemerintah.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan demikian hari ini (25 Jul) dalam sidang media yang disiarkan secara langsung dalam talian.



Dr Mohd Maliki Osman telah dinaikkan pangkat kepada Menteri penuh.



Beliau kini dilantik sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Pendidikan dan Menteri Kedua Luar Negara.



Beliau akan melepaskan pelantikannya sebagai Datuk Bandar South East.



Encik Zaqy Mohamad juga akan dinaikkan pangkat menjadi Menteri Negara Kanan.



Beliau akan kekal di Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan menggalas tanggungjawab tambahan di Kementerian Pertahanan (Mindef).



Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim akan dinaikkan pangkat menjadi Menteri Negara, dan memegang jawatan baru di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND).



Dr Faishal akan melepaskan jawatannya di Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Sementara itu, Cik Rahayu Mahzam akan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan (MOH), berkuatkuasa pada 1 September.



Wajah baru, Encik Fahmi Aliman, pula akan dilantik sebagai Datuk Bandar South East.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >