Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP Melayu PAP bantu jurulatih bebas, kerja sendiri

Cek bernilai $18,500 diberi kepada Persatuan Jurulatih dan Tenaga Pengajar Kebangsaan (Nica)
May 04, 2021 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) Melayu/Islam Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah bersatu hati mengumpul dana dan memberi sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik dalam masyarakat.



Ini sebahagian sumbangan tahunan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri kepada usaha-usaha sosial dan golongan memerlukan.



Tahun ini,, AP Melayu/Islam itu telah menyampaikan sumbangan cek kepada Persatuan Jurulatih dan Tenaga Pengajar Kebangsaan (Nica).



Ditubuhkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Nica mewakili jurulatih dan pengajar yang merupakan pekerja bebas atau bekerja sendiri, dan menyokong serta memajukan kebajikan mereka.



Ini termasuk kesejahteraan tenaga pengajar dan jurulatih itu, pendapatan mereka serta prospek kerja mereka.



Menulis di Facebook, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Nica dipilih kerana pandemik Covid-19 telah banyak menjejas pendapatan jurulatih dan pengajar dek penutupan kelas secara tiba-tiba.



"Ramai yang terjejas dan pendapatan yang berkurangan mengakibatkan ramai menghadapi kesukaran menampung keperluan harian," tulisnya.



Encik Masagos telah menyampaikan cek bernilai $18,500 kepada Presiden Nica, Encik Adrian Chiang, dalam satu acara yang diadakan tengah hari semalam.



Beliau disertai Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman, dan Setiausaha Eksekutif Nica, Cik Jean See.



Ramai AP Melayu/Islam lain turut serta secara dalam talian disebabkan peraturan pengurusan selamat.



Memuji usaha Nica menyokong jurulatih yang diwakilinya, Encik Masagos berkata:



"Saya berbesar hati mendengar tentang usaha yang telah dilakukan Nica demi menyokong tenaga pengajar dan jurulatih kita.



"Di bulan Ramadan yang penuh barakah ini, saya harap sumbangan kami ini sedikit sebanyak dapat menyokong dan memperkasa mereka dan keluarga mereka agar bangkit lebih kukuh selepas pandemik ini nanti."



Sumbangan tersebut akan digunakan untuk geran bantuan yang ditubuhkan Nica bagi membantu jurulatih yang berdepan dengan cabaran kewangan akibat pandemik Covid-19.



"Ramai yang terjejas dek penutupan kelas dan aktiviti secara mendadak, terutama jurulatih yang menganjurkan program bagi warga emas.



"Hingga hari ini, kapasiti tempat terhad dan saiz kelas yang lebih kecil serta penyambungan semula aktiviti yang agak lembap telah menjejas pendapatan jurulatih dan tenaga pengajar.



"Ramai di antara mereka terpaksa menggunakan simpanan masing-masing untuk menyara kehidupan pada 2020, dan ada yang masih terkial-kial pada 2021," ujar Encik Chiang.



Hampir 100 jurulatih dijangka meraih manfaat daripada dana tersebut, termasuk Encik Abdul Rashid Kadir, 55 tahun, yang merupakan jurulatih bola sepak serta tchoukball.



Pendapatan beliau, yang sudah 12 tahun bekerja sebagai jurulatih sukan tersebut, terjejas akibat sekolah-sekolah terpaksa menggantung Kegiatan Ko-Kurikular (CCA).



"Keluarga saya terpaksa bergantung pada pendapatan isteri saya bagi perbelanjaan harian serta keperluan sekolah anak-anak.



"Saya gembira mendapat tahu tentang dana ini dan sumbangan daripada AP Melayu/Islam.



"Sememangnya ia akan membantu kami mengharungi tempoh yang mencabar ini," kata bapa dua anak itu.



Dimulakan sejak 2008, sumbangan Ramadan tahunan daripada para AP Melayu/Islam PAP diberikan kepada penerima yang dipilih berdasarkan impak tugas atau inisiatif mereka terhadap golongan yang disasarkan dalam masyarakat.



Penerima tahun-tahun lalu termasuk Rumah Wanita Casa Raudha dan Program Penjagaan bagi banduan Melayu/Islam Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas).




"Ramai yang terjejas dan pendapatan yang berkurangan mengakibatkan ramai menghadapi kesukaran menampung keperluan harian... Saya berbesar hati mendengar tentang usaha yang telah dilakukan Nica demi menyokong tenaga pengajar dan jurulatih kita.

Di bulan Ramadan yang penuh barakah ini, saya harap sumbangan kami ini sedikit sebanyak dapat menyokong dan memperkasa mereka dan keluarga mereka agar bangkit lebih kukuh selepas pandemik ini nanti."

- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >