ANGGOTA Parlimen (AP) Melayu/Islam gigih 'turun padang' bertemu dan berinteraksi dengan penduduk sepanjang hujung minggu lalu menyusuli laporan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) yang dikeluarkan Jumaat lalu.
Antara mereka, ada yang bertungkus lumus menjelaskan kesan perubahan sempadan yang diumumkan, namun rata-rata mereka memberitahu Berita Harian (BH) bahawa tumpuan mereka mahu memberi khidmat terbaik kepada penduduk tidak berubah.