Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

AP Melayu/Islam sapa penduduk dengan 'SalamMufti'

Letak tangan di dada ikut panduan Pejabat Mufti bagi elak sentuhan seperti bersalam-salaman demi kurangkan risiko jangkitan
Mar 10, 2020 | 05:30 AM



APABILA Anggota Parlimen (AP) bertemu penduduk di estet perumahan, mereka biasanya menghulurkan tangan bersalam mesra.



Namun dek penularan koronaviraus Covid-19, beberapa AP Melayu/Islam menyapa penduduk dengan cara lain - meletakkan tangan di dada.



Mereka termasuk Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) Zaqy Mohamad; Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim; Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan) Amrin Amin; dan AP GRC Jurong Rahayu Mahzam.



Semasa berkunjung ke kawasan Marsiling kelmarin, mereka menyapa penduduk dengan meletakkan tangan di dada.



Dalam laman Facebook beliau, Encik Masagos, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, menggelarnya sebagai isyarat 'SalamMufti'.



Beliau turut menggunakan tanda pagar #SalamMufti.



"Semua orang tahu apa yang saya katakan. Mudah dan menarik! Mari kita amalkan #SalamMufti," ujarnya.



Ini menyusuli langkah Pejabat Mufti mengeluarkan panduan mengelakkan sentuhan seperti bersalam-salaman dalam keadaan Covid-19 sekarang.



Panduan tersebut, sebaliknya, menggalak Muslim meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.



Dalam panduan yang dikeluarkan Pejabat Mufti bulan lalu itu, orang Islam juga dinasihatkan mengelakkan menghadiri majlis di masjid jika sakit, termasuk bagi solat Jumaat.



"Islam telah memberikan keuzuran bagi mereka yang sakit untuk tidak melaksanakan solat berjemaah (termasuk juga solat Jumaat)," ujar irsyad, atau panduan, itu.



Malah, Pejabat Mufti menggalak jemaah membawa alas sujud sendiri, kerana permaidani boleh mengandungi kuman virus jika ada pesakit yang solat di tempat sama.



Sementara itu, kaum wanita juga digalak membawa telekung sendiri ke masjid.



Orang Islam turut digalak menjaga kebersihan tangan. Pejabat Mufti menjelaskan bahawa pembersih tangan beralkohol boleh digunakan, seperti yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Muis pada 2008.



Menurut fatwa itu, bahan alkohol yang digunakan dalam rawatan perubatan (termasuk pembersih tangan) bukan daripada jenis terlarang.



Sementara itu, masjid tempatan pun mengambil langkah pencegahan tambahan.



Masjid Maarof di Jurong West, misalnya, menyediakan stesen pemeriksaan suhu badan di pintu masjid dan pembersih tangan di beberapa tempat.



Ia juga membersihkan menggunakan cecair pembasmi kuman di tempat yang dikongsi dan kerap digunakan jemaah, seperti tempat wuduk, tombol pintu dan lif, selepas setiap solat berjemaah.



Meja dan kerusi di bilik darjah pula dibersihkan setiap kali selepas digunakan jemaah dan pelajar madrasah.



Dalam pada itu, Mufti Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir menyeru masyarakat Melayu/Islam agar terus bersatu padu dalam menghadapi cabaran Covid-19, yang menjejas semua.



Dalam laman Faceboknya, Dr Nazirudin berkata beliau terdorong dengan respons pantas dan kesediaan masyarakat membuat penyesuaian dalam amalan keagamaan di tengah-tengah penularan Covid-19 demi melindungi institusi keagamaan dan masyarakat.



"Masyarakat kita juga didorong rasa belas kasihan - masjid, pelajar madrasah dan ramai lain telah tampil menunjukkan penghargaan kepada pekerja jagaan kesihatan dan mengumpul dana bagi membantu mereka yang terjejas virus," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >