Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP Muslim berbuka puasa di Parlimen

May 10, 2019 | 05:30 AM



PERBAHASAN mengenai Rang Undang-Undang Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) di Parlimen kelmarin, menimbulkan pandangan berbeza-beza di kalangan Anggota Parlimen (AP).



Namun 10 AP Muslim telah mengenepikan perbezaan mereka, termasuk parti, untuk berbuka puasa bersama-sama.



Rang itu diluluskan pada 10.20 malam kelmarin, berikutan perbahasan dua hari dengan 72 AP undi menyokong, sembilan AP Parti Pekerja (WP) tidak menyokong, manakala tiga AP Dilantik (NMP) pula tidak membuat sebarang undian.



Suasana muhibah agak ketara apabila 10 AP Muslim itu berbuka puasa bersama-sama di Parlimen semasa sesi itu yang diadakan pada hari ketiga Ramadan.



Dr Yaacob Ibrahim (GRC Jalan Besar) memuat turunkan gambar mereka berkumpul bersama-sama di akaun Facebooknya, pagi semalam.



Mereka yang menghadiri adalah: (dari kiri berdiri, ikut putaran jam) Dr Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio); Encik Amrin Amin (GRC Woodlands); Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh); Encik Mohamed Irshad (NMP); Dr Yaacob Ibrahim; Encik Zaqy Mohamad (GRC Chua Chu Kang); Dr Muhammad Faishal Ibrahim (GRC Nee Soon); Encik Zainal Sapari (GRC Pasir Ris-Punggol); AP WP Encik Muhamad Faisal Abdul Manap (GRC Aljunied); dan Cik Rahayu Mahzam (GRC Jurong).



Menyifatkan acara berkumpul dan berbuka puasa itu sebagai yang pertama diadakan, Dr Yaacob berkata:



"Mungkin kita boleh berkumpul dan bekerjasama dalam acara lebih bermakna."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >