Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

AP PAP diminta hentikan kunjungan rumah ke rumah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

AP PAP diminta hentikan kunjungan rumah ke rumah

Sep 10, 2021 | 12:27 AM

Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah meminta semua Anggota Parlimennya (AP) supaya menghentikan kunjungan dari rumah ke rumah sedang jumlah jangkitan dalam masyarakat kian meningkat. 

Parti tersebut juga telah meminta agar AP mengehadkan kegiatan yang dihadiri secara fizikal dan beberapa AP telah menghentikan sesi bertemu penduduk secara fizikal dan meminta penduduk untuk menghantarkan emel, atau menghubungi mereka melalui telefon atau panggilan video. 

Tambahnya: “AP kami akan menggalakkan penduduk supaya menghubungi mereka melalui telefon atau secara dalam talian sebagai cara utama mengelakkan perhimpunan beramai-ramai.”

Sebelum ini Kementerian Kesihatan (MOH) juga telah mengingatkan orang ramai supaya mengadakan  perhimpunan sosial hanya dengan kumpulan kecil kenalan dan mengehadkan perhimpunan sosial sekali sehari. 

Menurut jurucakap PAP, nasihat bagi AP itu selaras dengan panduan yang dikeluarkan. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3