ANGGOTA Parlimen (AP) Melayu parti pemerintah akan terus memperjuangkan nasib masyarakat Melayu meskipun kadang kala mereka disalah erti dan dicemuh.
Berkata demikian dalam ucapan penuh semangat dan emosi di rapat pilihan raya semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, menekankan masyarakat Melayu/Islam di Singapura telah mencatat kejayaan ketara di bawah pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) sepanjang 50 tahun yang lalu.