Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP PAP tidak harus tulis kepada mahkamah bagi pihak penduduk: Whip parti Chan Chun Sing

pap
Feb 10, 2018 | 01:30 PM



PARTI Tindakan Rakyat (PAP) telah memberitahu Anggota  Parlimen (AP) parti itu  supaya jangan   menulis kepada mahkamah bagi pihak penduduk  mereka bagi  “mengelakkan sembarang keraguan atau salah tanggapan awam” mengenai pemisahan kuasa  antara eksekutif, badan perundangan dan kehakiman.



Whip Parti itu, Encik Chan Chun Sing, berkata dalam satu memorandum dalaman kepada AP   PAP pada  Jumaat (9 Feb) bahawa AP   PAP,   sebagai kebiasaan,  menahan diri daripada   menulis kepada  mahkamah bagi pihak penduduk  mereka. Surat itu dikeluarkan kepada media.



“Apabila dihampiri penduduk   mengenai perkara yang sedang berjalan  di Mahkamah, Anggota  Parlimen PAP boleh menulis kepada MinLaw (mengenai isu  prosedur) dan Pejabat Peguam Negara (mengenai isu pendakwaan),” tulis beliau.



“Ini adalah amalan umum, dan akan kekal  demikian.”



Sekiranya AP   memerlukan bantuan mengenai kes  luar biasa atau nasihat lanjut mengenai perkara itu, Encik Chan berkata mereka harus mendekati whip parti   dan Kementerian Undang-Undang (MinLaw).



Persoalan mengenai bila AP    harus menulis kepada mahkamah timbul setelah seorang hakim menyoal gambaran   salah mengenai  fakta dalam surat oleh AP   Sengkang, Encik  Lam Pin Min, kepada   Mahkamah Negeri. Surat itu kelihatan mengurangkan  kebersalahan seorang  pemandu dalam satu kemalangan lalu lintas.



Dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan dua minggu  lalu, Hakim See Kee Oon menonjolkan gambaran salah itu   sebagai “agak merisaukan”.



Dalam suratnya kepada AP   PAP, Encik Chan berkata  pemisahan kuasa tidak pernah dipersoal, walaupun apabila Mahkamah  menerima surat daripada AP,   secara tidak langsung atau tidak langsung.



Tetapi, beliau menambah: “Bagaimanapun, untuk mengelakkan sembarang keraguan atau salah tanggapan awam, ingin saya  mengingatkan AP   PAP supaya jangan  menulis kepada  Mahkamah bagi pihak penduduk  mereka.”



“Sekiranya anda memerlukan bantuan mengenai kes   luar biasa atau nasihat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk pertanyaan anda kepada MinLaw dan Whip Parti.”



Chan juga menegaskan: “Mahkamah berada dalam kedudukan terbaik untuk menilai, secara menyeluruh  dan  adil, bukti yang dibentangkan dan merit kes serta prosedur  jelas dan ketat bagi  menegakkan kebebasan  dan integriti proses kehakiman.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >