Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Patrick Tay usul Insentif Pertumbuhan Pekerjaan dijadikan skim tetap untuk bantu PME matang ceburi kerja baru

Mar 01, 2022 | 04:39 PM



MENJADIKAN Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) sesuatu yang tetap boleh membantu karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) matang beralih ke pekerjaan baru, kata Anggota Parlimen (AP), Encik Patrick Tay (Pioneer), yang memperjuangkan isu buruh.



Ini diusulkan sedang skim yang menyokong penggajian pekerja tempatan menerusi subsidi gaji dilanjutkan selama enam bulan hingga September tetapi dengan kadar sokongan yang dikurangkan.



Encik Tay yang merupakan Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menganjurkan agar JGI dijadikan inisiatif sokongan pendapatan jangka pendek tetap bagi membantu golongan PME matang.



"Ini dilakukan dengan membantu syarikat yang menggajikan PME matang tidak bekerja dalam meringankan kos mereka serta risiko berkaitan menggajikan kumpulan PME ini, yang mungkin memiliki kemahiran dan pengalaman relevan yang diperlukan," tambahnya dalam bahas kenyataan Belanjawan pada Selasa (1 Mac).



"Ini akan membolehkan syarikat menilai kesesuaian PME matang bagi peranan pekerjaan itu dan terus mengekalkan mereka dalam tenaga kerja syarikat berkenaan," kata Encik Tay.



Beliau juga mendapati lanjutan yang ada kini akan menggalak pihak firma menggajikan PME lebih berusia dan memastikan pekerja ini mendapat peluang yang layak mereka miliki.



Skim ini yang diperkenal pada September 2020 telah dilanjutkan dua kali dengan jendela kelayakan terkini yang awalnya dijadualkan tutup bulan ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >