Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP: Penting asatizah dapat sokongan sewajar termasuk gaji lebih adil, setimpal

Sep 16, 2022 | 05:30 AM



ADALAH penting asatizah diberi sokongan yang sewajarnya dan mencukupi untuk menggalak mereka terus berbakti membimbing dan membentuk masyarakat Islam yang progresif di Singapura, termasuk dengan gaji yang lebih adil dan setimpal dengan sumbangan dan kemahiran mereka.



Demikian menurut beberapa Anggota Parlimen (AP) dan Anggota Parlimen Dilantik Melayu/Islam yang dihubungi Berita Harian.



Anggota Parlimen Dilantik, Dr Shahira Abdullah, berkata asatizah berkhidmat dengan ikhlas dan merupakan pemimpin yang amat berharga bagi masyarakat.



Tambahnya, beliau sendiri telah meraih manfaat daripada menghadiri pelbagai kelas kendalian asatizah setempat.



"Mereka mengendalikan kelas dengan baik dan tidak pernah merungut tentang gaji mereka. Namun, saya sedar bahawa mereka wajar dibayar gaji yang lebih adil dan setimpal dengan sumbangan dan kemahiran mereka serta setara dengan peranan pekerjaan sama dalam sektor lain. Ini lebih-lebih lagi dengan inflasi dan kos sara hidup yang meningkat sekarang.



"Dengan kenaikan gaji dalam sektor sekular, langkah serupa juga perlu dilaksana supaya kita dapat menyokong asatizah setempat yang berbakti kepada masyarakat dengan lebih baik," ujarnya.



Menjawab satu pertanyaan di Parlimen awal minggu ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan melaksanakan Garis Panduan Gaji Umum (CSG) bagi asatizah secara bertahap mulai tahun depan.



Muis sedang bekerjasama dengan madrasah dan masjid untuk melaksanakan CSG itu, yang diusulkan laporan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) pada 2020.



Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, berkata garis panduan gaji yang lebih berstruktur akan membantu memberi ketelusan dan kepastian dari segi perancangan kerjaya serta menggalak asatizah sekarang dan akan datang untuk merancang awal bagi kerjaya mereka.



"Gaji juga harus mencerminkan kelayakan dan sumbangan asatizah serta harus berdaya saing dengan peranan pekerjaan lain yang serupa dan memerlukan kemahiran serta kelayakan mereka.



"Permintaan bagi asatizah dan bekalan asatizah yang ada juga harus menentukan gaji pasaran asatizah atau harga pasaran bagi khidmat mereka," ujarnya.



Apabila dilaksanakan nanti, Anggota Parlimen Dilantik, Encik Abdul Samad Abdul Wahab, berharap CSG juga dapat menyediakan garis panduan gaji dan tangga kerjaya yang jelas buat golongan asatizah.



"Terdapat juga keperluan memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan sepanjang kerjaya mereka," ujarnya.



Usaha memberi lebih sokongan kepada asatizah ini juga memerlukan kerjasama seluruh masyarakat.



Encik Samad berkata Wakaf Ilmu misalnya diharap dapat menjadi pemangkin keupayaan kewangan yang boleh diperkukuh masyarakat untuk menyokong asatizah dengan lebih baik.



Selain Wakaf Ilmu, Encik Saktiandi berkata derma orang awam dapat menyumbang kepada sokongan pembiayaan bagi struktur gaji yang lebih baik dan sistem remunerasi yang berdaya saing bagi asatizah.



Meskipun Singapura sudah pun memiliki masyarakat asatizah yang kukuh, Dr Shahira berkata usaha ini diharap dapat mempertingkat mereka lagi dan ini juga akan memberi manfaat kepada masyarakat.



"Usaha memastikan mereka diberi gaji yang lebih adil tidak seharusnya mendorong kita mempersoal keikhlasan mereka," ujar beliau.



LAPORAN SELANJUTNYA: Semakan bakal tambah nilai tangga gaji, beri dorongan bagi pertingkat diri




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >