Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

USUL MENGENAI MENJAMIN PEKERJAAN DAN SARA HIDUP WARGA SERTA DASAR BAKAT ASING

AP prihatin diskriminasi wujud kerana ada syarikat ambil kesempatan

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



SATU sebab sebahagian pekerja setempat berdepan dengan diskriminasi di tempat kerja adalah bukan kerana persaingan dari pekerja asing, tetapi kerana ada segelintir syarikat yang mengambil kesempatan ke atas sistem yang ada, kata Anggota Parlimen (AP) buruh Encik Patrick Tay.



Justeru, usaha harus dipertingkat untuk mengenal pasti syarikat-syarikat sedemikian, meskipun terdapat banyak langkah dan dasar untuk menangani diskriminasi.



Ini termasuk Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (TGFEP), Rangka Kerja Pertimbangan Adil (FCF) serta usa memperketat syarat bagi Pas S dan Pas Pekerjaan yang telah dilakukan untuk mengurangkan amalan tidak adil di tempat kerja, ujar Encik Tay (SMC Pioneer).



"Kita perlu meneroka cara-cara untuk memastikan PME (karyawan, pengurus dan eksekutif) setempat mendapat peluang dan layanan yang adil sementara mengekalkan daya saing dalam ekonomi," kata beliau.



Encik Tay juga berkata tindakan pemerintah untuk menjadikan garis panduan pekerjaan adil sebagai undang-undang dan membentuk tribunal bagi menangani diskriminasi di tempat kerja sebagai satu langkah besar.



Beliau berkata demikian semasa menyertai perbahasan tentang Usul mengenai Menjamin Pekerjaan dan Mata Pencarian Warga serta Dasar Bakat Asing di Parlimen semalam.



Sekitar 17 MP dari kededua bahagian Dewan berkongsi hujah masing-masing dalam perbahasan yang berlarutan hingga ke sebelah malam itu.



Berkongsi pengalamannya bekerja dalam sektor kewangan, Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) berkata ada warga Singapura yang mendukung jawatan kanan dalam bank-bank asing berdasarkan merit dan bukan sahaja pekerja asing yang kebanyakannya mendukung jawatan itu.



Menambah, Encik Saktiandi, Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, juga berkata langkah pemerintah memperketat sekatan ke atas tenaga manusia dan undang-undang baru bagi mencegah diskriminasi di tempat kerja boleh menangani beberapa keprihatinan yang dialami warga Singapura apabila ada amalan salah di tempat kerja.



Beliau juga mengesa pemerintah supaya mempertingkat Program Peralihan Keupayaan (CTP) untuk memberi manfaat kepada pekerja setempat.



Menurut beliau, bilangan syarikat yang menghantar warga Singapura ke luar negeri bagi menjalani latihan berkurangan semasa pandemik ini dan dana bagi tujuan itu boleh digunakan untuk menampung kos bagi majikan menghantar pekerja setempat menjalani latihan dan program bimbingan dengan pekerja asing yang lebih berpengalaman dan berkemahiran di syarikat itu.



Menurut Encik Saktiandi, perubahan itu memberikan manfaat kepada semua pihak.



"Bagi jangka panjang, ia membangun asas bakat setempat. ia juga memperkukuh tujuan mendapatkan bakat asing, iaitu untuk membantu mempertingkat syarikat, termasuk pekerja setempat, dan bukan bukan untuk mencuri kerja kita.



"Pekejar asing itu juga akan mempertingkat CV," kata Encik Saktiandi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >