Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP Sengkang Raeesah sambut anak kedua

Jan 03, 2021 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) GRC Sengkangnya Raeesah Khan semalam berkongsi berita kelahiran anak keduanya.



"Kami ibu bapa yang bangga bagi bayi Alya! Kami mengalami permulaan sukar tetapi kami berdua sedang pulih dengan baik. Terima kasih atas semua ucapan anda," kata Cik Raeesah dalam satu pos Facebook.



Anak sulungnya, Raees Khan Caffoor, lahir pada Julai 2019.



Sebelum itu pada 28 Disember, AP pembangkang daripada Parti Pekerja (WP) berusia 27 tahun itu berkata sesi bertemu penduduk malam tersebut ialah yang terakhir sebelum beliau cuti bersalin.



Ahad lalu, Cik Raeesah, dilantik ke Jawatankuasa Eksekutif Pusat WP bersama AP GRC Sengkang lain - Cik He Ting Ru, Dr Jamus Lim dan Encik Louis Chua.



Awal dari itu, beliau melahirkan rasa terharu kerana terpilih dalam senarai '30 and under Young Singaporeans to watch' (Rakyat Muda Singapura 30 tahun dan ke bawah yang harus diperhatikan) yang dikeluarkan akhbar The Straits Times baru-baru ini.



"Saya rasa pencapaian paling membanggakan ialah apabila dapat mengatasi pelbagai cabaran yang dilemparkan kepada saya tahun ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >