Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

AP sokong usulan perkuat cara Singapura perangi dadah

Tidak harus terikut-ikut pendekatan 'sentuhan ringan' beberapa negara Barat
Apr 05, 2017 | 05:30 AM



ANGGOTA Dewan semalam menyokong usulan bagi memperkukuh cara Singapura menangani masalah dadah, walaupun ia bercanggah dengan trend di beberapa negara Barat yang kini membenarkan penggunaan sebilangan dadah bagi tujuan perubatan.



Menyokong usulan tersebut, Dr Tan Wu Neng (GRC Jurong) berkata kadar kematian kerana menggunakan dadah berlebihan di Amerika Syarikat meningkat lebih seganda dari 2002 hingga 2015.



Kesan dasar 'sentuhan ringan' bagi mengawal dadah di Amerika itu dan di beberapa negara lain memberi pengajaran bagi Singapura.



Menurut beliau, pemilihan dasar di awal tempoh usaha menangani dadah boleh mencorakkan usaha pada dekad-dekad akan datang.



"Pilihan kita buat hari ini akan membentuk hidup satu generasi.



"Pilihan yang tidak baik, terutama yang tidak boleh ditukar, akan membayangi perkara yang menyusulinya," kata Dr Tan.



"Kita perlu prihatin dan berwaspada apabila orang menggesa Singapura supaya bersikap lebih toleran berkenaan dadah," ujar beliau yang turut mengongsi kisah hidup seorang ibu muda yang dirosakkan dengan dadah.



Ibu muda itu mengalami jangkitan darah semasa menyalah guna dadah yang menjejas keupayaan jantungnya menyalurkan darah.



"Inilah yang disebabkan penyalahgunaan dadah. Ibu muda, anak-anak kecil. Beliau tiada peluang kedua," katanya.



Encik Alex Yam (GRC Marsiling-Yew Tee) berkata beliau percaya hukuman mati adalah satu sebab Singapura bebas daripada masalah dadah, yang kini menjejas negara lain.



Namun, beliau akur beliau bergelut dengan "dilema moral peribadi" berkenaan penguatkuasaan hukuman itu, terutama apabila dalang jenayah itu selalunya bukan pihak yang berdepan dengan tali gantung.



"Jika anda lihat pada bidang kuasa yang memberi mandat bagi hukuman mati bagi jenayah dadah, kita boleh memutuskan bahawa penyeludupan dadah dicegah bukan sahaja oleh ancaman hukuman mati, bahkan pasukan polis yang berkesan dan boleh dipercayai, sistem pemerintah yang tidak menerima rasuah, sikap umum tidak toleran kepada budaya dadah dan masyarakat adil di mana tiada sesiapa perlu berpaling kepada dadah," kata Encik Yam.



Mengulas tentang hukuman mati bagi pengedar dadah, Menteri Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam berkata ia adalah bahagian penting dalam cara Singapura menentang dadah.



Namun ia tidak dilaksanakan secara terpencil atau dengan sewenang-wenangnya.



"Kita berada di kedudukan mudah terjejas, kerana dekat dengan negara yang menghasilkan dadah.



"Kita mengekalkan hukuman mati kerana ia mencegah sindiket dadah yang ingin membawa masuk dadah ke Singapura, atau menggunakan Singapura sebagai tempat persinggahan," tegas Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >