KEMENANGAN Cik Rahayu Mahzam, 35 tahun, sebagai sebahagian pasukan yang bertanding di GRC Jurong menjadikan bilangan Anggota Parlimen (AP) wanita Melayu/Islam Parti Tindakan Rakyat (PAP) bertambah kepada empat orang.
Beliau, yang kali pertama bertanding dalam pilihan raya umum tahun ini, menyertai AP lain iaitu Speaker Parlimen Cik Halimah Yacob (GRC Marsiling-Yew Tee), Dr Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio) dan Dr Fatimah Lateef (GRC Marine Parade), yang turut berjaya mengekalkan kerusi masing-masing.