Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP WP Raeesah Khan dirujuk kepada jawatankuasa hak istimewa parlimen kerana berbohong tentang kes serangan seksual

Nov 01, 2021 | 03:59 PM



ANGGOTA Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan, telah mengaku berbohong di Parlimen mengenai butiran kes serangan seksual yang didakwanya disilap tangani oleh polis.


Pada Isnin (1 Nov), beliau meminta maaf kepada Pasukan Polis Singapura dan menarik balik anekdot yang beliau kongsikan mengenai kejadian yang didakwa itu.


Dalam menerangkan mengapa beliau mengada-adakan butiran kes itu, Cik Raeesah (GRC Sengkang) berkata beliau telah menjadi mangsa serangan seksual ketika berumur 18 tahun.


Selepas mendapatkan penjelasan butiran perkara itu daripada Cik Raeesah setelah beliau selesai membuat kenyataannya, Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, berkata AP WP itu telah berbohong kepada Parlimen sebanyak tiga kali.


Beliau mengemukakan aduan terhadap Cik Raeesah kerana melanggar keistimewaan Parlimennya, dan meminta perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa.


Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, bersetuju untuk merujuk perkara itu kepada jawatankuasa tersebut.


Cik Raeesah telah memberitahu Dewan semasa perbahasan tentang memperkasa wanita pada 3 Ogos bahawa beliau telah menemani seorang mangsa rogol berusia 25 tahun ke balai polis untuk membuat laporan polis tiga tahun lalu, dan pegawai polis yang menyoal siasat mangsa telah didakwa membuat komen yang tidak sesuai tentang pakaian mangsa dan bahawa beliau telah meminum arak.


Pada Isnin (1 Nov), Cik Raeesah mengaku yang beliau tidak menemani mangsa ke balai polis. Sebaliknya, beliau berkata mangsa telah mengongsi kisah tersebut dalam sebuah kumpulan sokongan untuk wanita, yang mana Cik Raeesah sendiri adalah sebahagian daripadanya, dan beliau tidak mendapat keizinan mangsa untuk mengongsi cerita itu di Parlimen.


"Saya tidak mengongsi bahawa saya adalah sebahagian daripada kumpulan itu, kerana saya tidak mempunyai keberanian untuk mengaku secara terbuka bahawa saya adalah sebahagian daripadanya. Saya menyertai kumpulan sokongan itu kerana saya sendiri adalah mangsa (survivor) serangan seksual," katanya.


Cik Raeesah berkata beliau telah diserang secara seksual semasa berumur 18 tahun semasa menuntut di luar negara. Pengalaman itu terus membuatnya trauma sehingga ke hari ini, tambahnya.


"Tidak seperti mangsa yang anekdotnya saya kongsikan di dewan ini, saya tidak mempunyai keberanian untuk melaporkan serangan saya sendiri. Namun sebagai mangsa, saya sangat ingin bersuara dan juga mengongsi kisah yang saya dengar semasa bercakap mengenai usul itu, tanpa mendedahkan pengalaman peribadi saya sendiri.


"Saya tidak sepatutnya mengongsi anekdot mangsa itu tanpa kebenarannya, dan saya juga tidak sepatutnya mengatakan bahawa saya menemaninya ke balai polis sedangkan saya tidak melakukannya. Adalah salah untuk saya berbuat demikian."


Cik Raeesah juga memohon maaf kepada mangsa yang ceritanya telah beliau kongsikan di Parlimen, penduduk Sengkangnya, WP, dan keluarganya.


Cik Indranee berkata Cik Raeesah telah mengesahkan yang beliau tidak mempunyai sebarang butiran kes polis itu dan dengan itu tidak dapat menyokong dakwaannya apabila beliau membuat kenyataannya pada Ogos.


Disebabkan itu, polis terpaksa meluangkan masa dan sumber untuk menyiasat dakwaannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >