Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apa beza perkauman, perkauman kasual? Ikuti forum anjuran BH, TM Isnin

Aug 07, 2021 | 05:30 AM



BAGAIMANA anda membezakan antara perkauman dengan perkauman secara kasual?



Apakah perkauman kasual itu dianggap boleh diterima jika anda mempunyai hubungan baik dengan orang itu?



Atau perkataan perkauman dalam perkauman kasual itu sahaja jelas menunjukkan terdapat unsur berbaur perkauman dalam perbuatan sedemikian?



Inilah antara isu yang dikupas dalam Forum Majulah: Regardless of Race anjuran Berita Harian (BH) dan Tamil Murasu (TM).



Forum itu menampilkan sudut pandangan pemimpin belia daripada ketiga-tiga kaum utama di Singapura.



Ia disertai pengarah pelaburan di sebuah syarikat teknologi dan pemimpin akar umbi, Encik Cho Weihao; Presiden Kelab Mendaki, Cik Faridah Saad; serta bakal presiden Persatuan Sastera Tamil Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan relawan Kelab Belia Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda), Cik Kumar Mridula, sebagai panelis.



Moderator perbincangan itu ialah koresponden BH Shahida Sarhid dan wartawan TM Irshath Mohamed.



Forum itu yang membincangkan hubungan kaum antara masyarakat berbilang bangsa di negara ini sedang Singapura menyambut ulang tahunnya yang ke-56 Isnin ini.



Forum Majulah: Regardless of Race akan disiarkan di laman Facebook BH dan TM pada Isnin, 9 Ogos, mulai 8.30 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >