Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

"Apa harus saya lakukan, Pritam?": Ketua WP dedah selepas Raeesah berbohong

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

LAPORAN JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN

"Apa harus saya lakukan, Pritam?": Ketua WP dedah selepas Raeesah berbohong

Siasatan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen ke atas bekas Anggota Parlimen (AP) Sengkang GRC, Cik Raeesah Khan, yang memberi kenyataan palsu di Parlimen sedang berlangsung. Berikut rumusan laporan awal kedua dan ketiga jawatankuasa tersebut yang diterbitkan pada hujung minggu lalu.
Dec 14, 2021 | 05:30 AM

APABILA Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam, meminta Cik Raeesah Khan, yang pada masa itu masih berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja, untuk berikan butiran lanjut berkaitan dakwaannya mengenai pengendalian polis dalam kes serangan seksual, beliau telah menghantar mesej "Apa harus saya lakukan, Pritam?" kepada ketua partinya itu.

Butiran tersebut timbul dalam kenyataan Encik Pritam Singh kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) yang menyiasat pembohongan Cik Raeesah di Parlimen pada 3 Ogos.

Cik Raeesah telah mengulangi pembohongan tersebut dalam responsnya kepada Encik Shanmugam Oktober lalu, dan ini mengakibatkan beliau meletakkan jawatan sebagai anggota WP dan AP pada 30 November.

Memberikan kenyataannya di hadapan jawatankuasa itu Jumaat lalu, Encik Pritam berkata selepas Cik Raeesah mengulangi pembohongannya itu di Parlimen, Cik Raeesah telah menemuinya dan pengerusi WP, Cik Sylvia Lim, lewat malam itu dan dalam keadaan yang keliru dan sedih, berkata: "Mungkin ada jalan lain, iaitu beritahu perkara sebenar."

Menurut laporan khas dan rakaman video yang didedahkan oleh jawatankuasa tersebut, Encik Pritam juga bersetuju bahawa jika seorang AP sedar ada pembohongan yang telah berlaku di Parlimen, AP tersebut mempunyai tanggungjawab menjelaskan perkara sebenar, tidak kira sama ada kenyataan palsu itu datang dari AP tersebut atau tidak.

Sebagai ketua pembangkang, beliau juga bertanggungjawab memperbetulkan pembohongan Cik Raeesah, namun Encik Pritam berkata: "Persoalannya ialah, bila yang harus saya lakukan perkara itu memandangkan situasi yang melibatkan kepalsuan ini unik?"

Pada 3 Oktober, sehari sebelum Encik Shanmugam menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen, Encik Singh memberitahu Cik Raeesah bahawa beliau perlu bertanggungjawab atas pembohongan itu dan beliau tidak akan menghakiminya.

Beliau berpendapat bahawa ini bermakna Cik Raeesah sedar bahawa beliau perlu menjelaskan perkara sebenar jika perkara itu diungkit semula, menurut laporan khas itu.

"Ia bertentangan dengan pemahamannya, kerana isu tersebut telah dibangkitkan pada 4 Oktober tetapi Cik Raeesah meminta arahan darinya tentang apa yang perlu dilakukan," menurut kenyataan itu.

Menurut Encik Pritam, beliau membaca mesej Cik Raeesah hanya selepas perbahasannya dengan Encik Shanmugam berakhir.

Beliau menjawab mesej itu dengan berkata mereka akan bincangkan perkara tersebut dengan lanjut selepas sesi Parlimen dan meminta Cik Raeesah terus berikan butiran terkini mengenai insiden itu.

"Saya rasa ini jelas menunjukkan pilihannya," kata Encik Pritam kepada jawatankuasa itu.

"Ini akan membawanya ke arah jalan yang negatif. Tidak ada apa lagi yang boleh saya katakan - beliau sudah pun 'menggali kubur sendiri' kerana tidak menjelaskan perkara sebenar," katanya.

Encik Pritam turut menambah bahawa dengan melakukan demikian, Cik Raeesah dengan jelas telah "memusnahkan kerjayanya dalam bidang politik."

Encik Pritam bersetuju bahawa isu tersebut - yang melibatkan AP berbohong di Parlimen - merupakan sesuatu yang serius dan jika AP WP berbohong, beliau dijangka tampil menjelaskan perkara sebenar.

Apabila Encik Pritam dan Cik Lim bertemunya malam itu, Cik Raeesah kelihatan sedih dan Encik Pritam bertanyakan kepadanya: "Apa yang telah anda lakukan?"

Cik Raeesah kemudian berkata: "Mungkin ada cara lain, iaitu dengan menjelaskan perkara sebenar."

Encik Pritam menjawab: "Tapi lihat pilihan yang anda buat."

Cik Raeesah langsung menangis selepas itu.

Meskipun kecewa, Encik Pritam berkata beliau berasa lega kerana Cik Raeesah menekankan tentang kejujuran, dan beliau melihat bahawa Cik Raeesah kini bersedia mengaku kesalahannya dan menjelaskan perkara sebenar.

"Pada pendapat saya, satu-satunya sebab mengapa beliau tidak menjelaskan perkara sebenar adalah kerana ibu bapanya belum sedar tentang apa yang berlaku," katanya kepada jawatankuasa itu, merujuk kepada penjelasan Cik Raeesah bahawa beliau berbohong kerana trauma peribadi yang dialaminya kerana pernah mengalami serangan seksual.


RUMUSAN LAPORAN KHAS COP SETAKAT INI

3 DISEMBER
COP menerbitkan laporan pertama dan ia menunjukkan Cik Raeesah telah mendakwa pemimpin WP telah menasihatkannya untuk terus berbohong.

Beliau berkata Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam, Pengerusi WP, Cik Sylvia Lim dan Naib Pengerusi WP, Encik Faisal Manap, telah memberitahunya bahawa tiada keperluan bagi beliau memperjelas hujahnya di Parlimen atau berkongsi perkara sebenar.

Kata-kata Cik Raeesah itu bercanggah dengan hujah yang disampaikan oleh pemimpin WP kepada media di sidang media pada hari sebelumnya.

Di sidang media itu, Encik Pritam berkata pemimpin WP tahu Cik Raeesah telah berbohong kepada Parlimen seminggu selepas perkara itu berlaku tetapi telah memberi Cik Raeesah masa untuk menguruskan perkara itu kerana Cik Raeesah berkata beliau juga mangsa serangan seksual.

Namun Cik Raeesah seharusnya telah memberi penjelasan kepada Parlimen di sidang Oktober, kata Encik Pritam.

11 DISEMBER
Encik Faisal menafikan beliau telah menyuruh Cik Raeesah terus merahsiakan perkara sebenar, semasa memberi keterangannya kepada COP.

Dalam laporan khas kedua mengenai siasatannya itu, COP berkata Encik Faisal akur adalah sukar untuk memperjelas secara rasional mengapa beliau, Encik Pritam dan Cik Lim tidak bertindak dengan lebih segera untuk memperbetulkan keadaan, termasuk memberitahu pemimpin parti lain semasa kes itu dibincangkan secara dalaman.

Satu sebab, kata Encik Faisal, adalah kerana mereka terlalu terkesan selepas mendengar Cik Raeesah juga seorang mangsa serangan seksual dan prihatin tentang kesejahteraannya.

12 DISEMBER
COP menerbitkan laporan ketiga, di mana ia berkata Encik Pritam memberitahu jawatankuasa itu beliau tidak mengarahkan Cik Raeesah untuk berbohong.

Pada masa yang sama, Encik Pritam juga tidak menyuruh Cik Raeesah memperbetul kenyataannya yang palsu itu, dari Ogos hingga Oktober.

Namun, Encik Pritam telah menyuruh Cik Raeesah supaya bertanggungjawab ke atas isu tersebut apabila ia ditimbulkan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3