Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: ILMU

Apa itu ekonomi berteraskan Islam?

Podcast BH kupas perbezaan konsep ini dan konsep ekonomi konvensional
Feb 09, 2023 | 05:30 AM



KONSEP ekonomi berteraskan Islam, atau Islamic Gift Economy (IGE), merupakan konsep yang semakin mendapat tumpuan dalam masyarakat Islam mahupun masyarakat-masyarakat lain.



Dalam episod kali ini, #NoTapis mengupas topik ini dengan lebih mendalam bersama dua tetamu khas, iaitu Ustaz Ridhwaan Radzi, pengasas bersama dan pengarah urusan Islamic Finance Singapore (IFSG Ltd), dan Ustazah Norsuria Jani, yang mempunyai latar belakang undang-undang dan syariah.



Selain itu, #NoTapis juga akan membincangkan bagaimana IGE ini merangkumi semua konsep-konsep kewangan Islam untuk membentuk satu sistem yang bertujuan menjaga maslahat dan kebajikan masyarakat Melayu/Islam dan memastikan kekayaan itu berterusan.



Jadi, apakah perbezaan antara IGE dan konsep ekonomi yang konvensional?



Perbezaannya ialah prinsip yang dipegang oleh kedua-dua jenis ekonomi ini.



Ustaz Ridhwaan berkata: "Prinsip yang berbeza bahawa sumber alam yang dikurniakan Allah swt tidak terhad dan telah ditentukan.



"Islam juga mengajar kita tentang mencari keseimbangan dalam kemahuan dan keinginan kita."



Bagi ekonomi konvensional, prinsip yang dipegang ialah manusia mempunyai kemahuan dan keinginan tidak terbatas tetapi dunia ini mempunyai sumber yang terhad.



Ustazah Norsuria pula menambah: "Dalam Islam, ekonomi ini sebahagian daripada syariah dan syariah itu merupakan satu cara hidup."



Oleh itu, ekonomi Islam bukan sahaja secara fizikal tetapi ia menerapkan juga nilai-nilai murni.



Ustazah Norsuria berkata: "Dalam menjalankan muamalat atau urusan, perlu ada sifat jujur, amanah, syukur dan rasa ihsan."



Inilah satu lagi perkara yang membezakan IGE daripada ekonomi yang konvensional.



Selain itu, IGE juga membantu masyarakat kerana ia tidak hanya tertumpu pada kemajuan individu, tetapi lebih pada perkembangan dan kejayaan masyarakat.



Adakah ini akan menimbulkan mentaliti bergantung pada bantuan, atau "crutch mentality"?



Ustazah Norsuria menjelaskan bahawa dalam ekonomi Islam, ia digalakkan untuk terus berusaha sementara orang yang berada yang mempunyai kelebihan, boleh memberikan bukan sahaja sumbangan tetapi juga mengajar golongan lain cara untuk lebih maju.



Konsep saling bantu-membantu ini bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat Melayu memandangkan sikap bergotong-royong ini telah lama wujud dalam masyarakat Melayu.



Oleh itu, sememangnya IGE ini selaras dengan budaya Melayu dalam menerapkan nilai-nilai yang telah lama disanjung dan ditekankan dalam masyarakat Melayu.



Dalam Islam terdapat wadah-wadah yang menyokong ICE ini seperti faraid, hibah dan wakaf.



Terdapat juga konsep perdagangan bagi mengembangkan ekonomi masyarakat Islam.



Bagaimanakah wadah-wadah ini relevan bagi pembangunan ekonomi Islam?



Bagaimanakah juga perbezaan perdagangan dalam ekonomi Islam berbeza daripada yang dijalankan dalam ekonomi konvensional?



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ini, serta pandangan lain tentang kerelevanan IGE dalam kehidupan, sila ikuti #NoTapis dalam episod terakhir siri ini.




"Dalam Islam, ekonomi ini sebahagian daripada syariah dan syariah itu merupakan satu cara hidup.

Dalam menjalankan muamalat atau urusan, perlu ada sifat jujur, amanah, syukur dan rasa ihsan."

- Ustazah Norsuria Jani.



"Prinsip yang berbeza bahawa sumber alam yang dikurniakan Allah swt tidak terhad dan telah ditentukan.

Islam juga mengajar kita tentang mencari keseimbangan dalam kemahuan dan keinginan kita."

- Ustaz Ridhwaan Radzi, pengasas bersama dan pengarah urusan Islamic Finance Singapore (IFSG Ltd).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >