Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Skim guna kredit SkillsFuture bagi khidmat bimbingan kerjaya dikaji

Mar 01, 2023 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) dan SkillsFuture Singapura (SSG) akan mengkaji untuk membolehkan individu menggunakan kredit SkillsFuture mereka bagi khidmat bimbingan kerjaya, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang. 



Ini berikutan penyertaan menggalakkan bagi program yang disokong SSG semasa pandemik, tambah beliau.



Cik Gan berkata sedemikian di Parlimen pada Selasa sebagai responsnya kepada cadangan Encik Patrick Tay Teck Guan (SMC Pioneer) untuk membenarkan orang ramai menggunakan kredit SkillsFuture mereka bagi memperoleh bimbingan kerjaya.



"Kami akan mengkaji cadangan ini," kata beliau.



Kira-kira 560,000 individu menyertai program SSG pada 2022, lebih tinggi daripada paras prapandemik, kata Cik Gan lagi.



Cik Gan menambah bahawa hampir 20,000 individu telah menamatkan program Kemahiran SGUnited dan Laluan Pertengahan Kerjaya-Latihan Syarikat SGUnited pada Mac 2022 atau lebih awal.



Daripada jumlah itu, 60 peratus mendapat pekerjaan dalam enam bulan selepas tamat kursus.



Hingga Disember 2022, MOE dan SSG juga telah melancarkan 82 kursus Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture (SCTP) dalam 10 sektor dengan peluang pekerjaan baik, termasuk infokom dan teknologi, khidmat profesional, dan penjagaan kesihatan.



Program itu diperkenal tahun lalu untuk membantu melatih dan menempatkan pekerja pertengahan kerjaya dalam peranan kerja baru. Dari April hingga Disember 2022, terdapat lebih 1,000 pendaftaran.



Selain itu, SSG, bersama Agensi Tenaga Kerja Singapura (Workforce Singapore), Enterprise Singapore dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), akan merintis Penyepadu Kemahiran Pekerjaan (JSIT) dalam tiga sektor - kejuruteraan jitu, runcit dan perdagangan borong - bagi mengumpulkan permintaan tenaga kerja dan kemahiran, dan mengaktifkan bekalan latihan.



Cik Gan berkata MOE akan melantik pengantara sesuai seperti persatuan industri, agensi pekerjaan dan institut pengajian tinggi sebagai JSIT.



Politeknik Nanyang dilantik JSIT untuk sektor kejuruteraan jitu, tambahnya.

Program Pengiktirafan Kemahiran Tempat Kerja (WPSR) juga akan dirintis tahun ini.



Ia bertujuan melengkapkan lagi SME dengan keupayaan menjalankan pembelajaran di tempat kerja dan mengiktiraf kemahiran yang diperolehi oleh pekerja mereka.



Pusat Kecemerlangan Nasional bagi Pembelajaran Tempat Kerja (NACE) akan bekerjasama dengan NTUC untuk mengendalikan program tersebut.



Pusat itu akan juga memperkenal peringkat pensijilan pembelajaran di tempat kerja yang baru, iaitu tanda Workplace Learning:READY (WPL:READY), untuk mengiktiraf syarikat yang mempunyai asas keupayaan dalam pembelajaran di tempat kerja.



"MOE komited untuk membina budaya pembelajaran sepanjang hayat dan melengkapkan warga Singapura dengan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk berkembang maju di sekolah dan tempat kerjaya.



"Bagi tujuan ini, kita perlu membina perkongsian dengan industri, kesatuan sekerja, penyedia latih, sektor agensi dan masyarakat. Bersama-sama, kita akan membentuk masa depan kolektif kita," tambah Cik Gan.




APA KATA AP 



"Tugas mengajar agak mencabar meskipun bermanfaat, tetapi ia juga memerlukan tenaga fizikal, emosi dan mental. Kadangkala ia boleh membawa kepada tekanan dan juga meletihkan. Bersama Kesatuan Guru Singapura (STU), saya mempunyai beberapa saranan. Pertama bolehkah Kementerian Pendidikan (MOE) menghasilkan panduan lebih jelas tentang tempoh kerja dan masa yang diterapkan buat guru? Salah satu caranya ialah dengan memperkenal "ruang putih" bagi tugas memeriksa, merancang pelajaran dan kerja membimbing serta memberi kaunseling kepada pelajar. Kedua, bolehkah kementerian membentuk sebuah agensi guru agar mereka dapat berunding tentang kerahan kerja agar hasilnya dapat dinikmati sama oleh guru dan sekolah?"
- Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar).



"Saya ingin menawarkan tiga saranan bagi pertimbangan MOE. Mengenai penekanan berlebihan terhadap peperiksaan dan akademik. Saya gesa MOE membuat kajian dan membangunkan sebuah sistem kemasukan sekolah dan sistem pengambilan kakitangan masa kini yang menggunakan gred peperiksaan serta kelayakan sebagai proksi bagi kecekapan. Mengenai inovasi. Saya gesa MOE membenarkan dan menyokong model-model sekolah pendidikan alternatif yang kian berkembang. Kaji potensi sekolah yang dilatih tanpa PSLE; sekolah mikro (saiz sekolah sekitar 100 hingga 300 pelajar); sekolah di rumah yang bermutu; sekolah pembelajaran sepanjang hayat, terutamanya buat pelajar kurang upaya yang mungkin tidak mendapat perkhidmatan baik - yang ditawarkan program aliran biasa SkillsFuture. Mengenai pelajar dewasa. Saya menggesa MOE mengkaji secara mendalam segmen tertentu bagi warga Singapura berkerjaya dan usia pertengahan serta membangunkan program bagi mereka yang berisiko."
- Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >