Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apa kata Asia Sentinel

Jul 11, 2021 | 05:30 AM



LAMAN berita dalam talian Asia Sentinel telah menerbitkan beberapa laporan yang mendakwa terdapat salah guna kuasa dan amalan rasuah dalam Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), termasuk berhubung proses pengiktirafan sijil halal asing.



Antara tajuk rencana yang diterbitkan itu termasuk Amalan yang boleh dipersoal dalam proses pensijilan halal Singapura (Questionable Practices in Singapore Halal Certification Process) pada 22 April 2020; Kekurangan ketelusan dalam siasatan Muis mengancam jenama Singapura (Lack of transparency in MUIS Inquiry threatening Brand Singapore) pada 17 Jun 2020; Lebih banyak salah laku didakwa dalam badan Islam Singapura (More Abuses Alleged in Singapore Islamic Body) pada 6 Julai 2020; dan Siasatan rasuah halal Singapura terhenti (Singapore Halal Corruption Probe Stalls) pada 6 November 2020.



Menurut kenyataan Muis, beberapa dakwaan itu telah dijelaskan menerusi kenyataan media dan di Parlimen sebelum ini, namun ia tidak diendahkan atau tidak disebut dalam rencana itu.



Sementara itu, usaha akhbar ini mendapatkan lebih maklumat tentang Asia Sentinel dijawab oleh editornya, Encik John Berthelsen.



Pada awalnya, beliau berkata beliau telah berkongsi pertanyaan Berita Minggu dengan Encik Murray Hunter yang menulis rencana berkenaan.



Akhbar ini antara lain meminta mereka mengulas berhubung hasil dapatan siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) yang tidak menemui bukti yang menyokong dakwaan salah guna kuasa oleh pegawai Muis berhubung proses pengiktirafan sijil halal asing.



Encik Berthelsen kemudian berkata mereka difahamkan isu tersebut "masih disiasat oleh Divisyen Komersial Polis", oleh itu mereka berasa adalah tidak wajar untuk mengulas hingga siasatan selesai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >