REAKSI TERHADAP PANDANGAN ENCIK K. SHANMUGAM SUSULAN KATA-KATA IMAM

Apa kata Menteri Masagos Zulkifli Masagos Mohamad di Facebook

“Saya rasa penting bagi polis menghuraikan isu ini. Apabila umat Islam diserang dalam talian, mereka dipertahankan dan polis mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukannya. Begitu juga sebaliknya, tindakan serupa mesti diambil.

Memandangkan siasatan sedang dijalankan, saya memohon semua pihak supaya bertenang dan biarkan kes ini mengikut proses undang-undang. Apa yang membimbangkan saya adalah isu yang sepatutnya boleh dihuraikan jika Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) atau pihak berkuasa agama diajak berunding, tetapi sebaliknya telah diutarakan menerusi media baru. Dengan menggunakan wadah dalam talian dan media sosial, huraian kepada isu itu menjadi kurang penting, manakala reaksi dalam talian pula meruap-ruap. Akibatnya, satu tindakan yang bertanggungjawab dan sivik telah bertukar menjadi aksi menarik perhatian.”