Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apa kata mereka

Jan 08, 2017 | 12:00 AM



"Laporan ini tertumpu... termasuk mendorong inovasi, kemahiran dan tenaga kerja serta sebagai bandar masa depan, ia akan mengenal pasti industri pertumbuhan yang tertumpu terhadap SME."



- Encik Saktiandi Supaat, anggota CFE yang juga AP GRC Bishan-Toa Payoh.



"Faktor yang mengganggu boleh datang dalam bentuk teknologi, model perniagaan dan lain seperti politik. Teknologi mengganggu baru boleh menghasilkan cara bekerja baru yang akan menjejas pekerjaan seperti penggunaan robotik. Model perniagaan baru seperti Uber, Grab dan Deliveroo juga meninggalkan kesan sama."



- Encik Azmoon Ahmad, anggota CFE yang juga Anggota Parlimen Dilantik (NMP).



"Pekerja, terutamanya mereka yang dibuang kerja, secara umumnya prihatin tentang mendapatkan pekerjaan baru. Mereka mendapati ia memakan masa lebih lama untuk mendapat pekerjaan dan perlu menerima potongan gaji."



- Encik Zainal Sapari, AP GRC Pasir Ris-Punggol dan penolong setiausaha agung NTUC.



"Laporan ini perlu menyediakan lebih banyak laluan bagi pekerja matang hari ini agar mereka dapat menyesuaikan diri dalam ekonomi masa depan. Ini penting kerana terdapat trend pengangguran pekerja berkemahiran tinggi yang semakin meningkat di Singapura, dengan kadar pengangguran dan pengangguran jangka panjang di kalangan PMET matang meningkat dengan lebih pantas berbanding penduduk lain."



- Dr Walter Theseira, Pensyarah Kanan Universiti SIM.



"Pekerja mengharapkan gaji lebih tinggi kerana kuasa membeli berkurangan. Semua kos tambahan ini hanya dapat diatasi dengan meneruskan usaha tingkatkan produktiviti. Masih ada ruang untuk Singapura menjadi setaraf dengan mereka yang terbaik seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Switzerland."



- Dr Ahmad Magad, pengerusi Pusat Produktiviti Singapura (SPC) yang juga mantan Anggota Parlimen.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >