Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

F&B lebih riuh, peniaga lega

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

KELONGGARAN MAKAN DI LUAR

F&B lebih riuh, peniaga lega

Nov 23, 2021 | 05:30 AM

PEMILIK premis makanan dan minuman (F&B) semakin optimistik perniagaan mereka terus pulih secara bertahap sedang lebih ramai pelanggan kini lebih terbuka menjamu selera di luar.

Menurut mereka, jumlah tempahan yang diterima bagi kumpulan yang lebih besar meningkat sebaik kelonggaran baru yang membenarkan kumpulan sehingga lima orang yang sudah divaksin penuh duduk semeja di premis F&B diumumkan.

Malah, dengan kelonggaran tersebut yang berkuatkuasa mulai semalam, suasana makan tengah hari di restoran dan kafe kelihatan lebih riuh.

Sebelum ini antara 10 dengan 21 November, hanya lima anggota isi rumah yang sama boleh makan luar bersama, dan perlu membuktikan alamat yang sama melalui kad pengenalan atau aplikasi lain seperti SingPass.

Pemilik kafe dan restoran yang ditinjau Berita Harian (BH) berkata kelonggaran baru itu mendorong lebih ramai pelanggan, terutama sekali golongan pekerja, untuk makan di luar bersama setelah sekian lama.

Meskipun peningkatan jumlah pelanggan tidak begitu drastik pada hari pertama kelonggaran tersebut, Pengurus Kanan Black Hole Group, Encik Afiq Sulaiman, akui ia dapat memberikan perniagaan F&B ruang untuk bernafas.

The Black Hole Group merangkumi beberapa rangkaian kafe termasuk Tipo Pasta Bar dan Working Title Burger Bar.

"Kami dapat lihat lebih ramai pelanggan yang datang untuk makan tengah hari semalam, mungkin peningkatan sekitar 10 hingga 15 peratus, tidak begitu drastik. Jumlah tempahan juga meningkat, terutama sekali semasa tempoh perayaan akhir tahun ini.

"Memang kami lega dengan kelonggaran ini, dan cawangan dan kakitangan kami bersedia menyambut kedatangan lebih ramai pelanggan.

"Kami harap (kelonggaran ini) dapat membuat pengendali F&B lain yang senasib dengan kami untuk turut berasa sedikit lega," katanya.

Dalam pada itu, pemilik bersama restoran The Straits Teppanyaki di Bussorah St, Muhamad Haikal Khan Hamzah, berkata tempahan di restoran itu bagi hujung minggu melonjak sekitar 30 peratus berbanding tempoh di mana hanya lima anggota isi rumah sama dibenarkan duduk semeja.

"Memang kami jangkakan peningkatan ini kerana sebelum ini ramai pelanggan yang tidak ingin makan di luar kerana tak boleh duduk bersama anggota keluarga (yang bukan anggota isi rumah sama) atau teman-teman.

"Kami juga memastikan ada kakitangan dan kru dapur yang mencukupi untuk memastikan operasi terus berjalan lancar apabila jumlah pelanggan meningkat," kata Encik Haikal.

Beliau juga mengharapkan pelanggan yang memilih untuk 'staycation' di hotel-hotel kawasan tersebut akhir tahun nanti.

Meskipun kelonggaran baru tersebut amat dialu-alukan, pemilik bersama restoran Dutch Colony Coffee Co, Encik Suhaimi Sukiman, berharap langkah sekatan lain akan diubah pada masa terdekat agar perniagaan F&B dapat terus pulih dengan lebih pantas.

"Kami menyambut kelonggaran baru ini dengan rasa besar hati, tapi tetap prihatin dengan langkah jarak selamat lain yang tetap perlu dikuatkuasakan, kerana ini bermakna 30 hingga 40 peratus daripada meja dan kerusi di restoran perlu terus dikosongkan untuk menepati jarak selamat satu meter," katanya yang kini menguruskan lima cawangan kafe itu, dengan dua cawangan yang baru dibuka di New Tech Park@Lorong Chuan dan Our Tampines Hub (OTH).

Encik Suhaimi berharap lebih banyak kelonggaran akan diperkenal awal tahun depan yang dapat memberikan restoran peluang untuk memaksimumkan ruang restoran bagi pelanggan.

Pemilik restoran Taliwang yang terletak di Kandahar Street, Encik Hamzah Mohamad Salim, turut melahirkan harapan yang sama agar keadaan terus pulih dalam masa terdekat.

Seperti perniagaan F&B lain, restorannya itu terjejas terus dek pandemik terutama dalam tempoh enam bulan sebelum ini dan terpaksa bergantung kepada geran pemerintah untuk kekal beroperasi.

Katanya: "Kami harap lebih ramai yang akan keluar makan, terutama sekali semasa waktu makan tengah hari atau makan malam.

"Sebelum ini, jumlah pelanggan amat rendah dengan hanya tiga hingga empat meja yang penuh setiap hari.

"Dengan kelonggaran ini dan juga tempoh perayaan akan datang, kami harap lebih ramai yang akan menjamu selera di luar dan menyokong perniagaan tempatan."

Kelonggaran tersebut turut dialu-alukan Encik Suhaimi Sulaiman, 54 tahun, yang sebelum ini tidak dapat menjamu selera di luar bersama anak dan cucunya semeja.

"Oleh kerana kita rumah lain-lain, sekarang barulah boleh duduk bersama. Sebaik dengar tentang pengumuman ini kita terus merancang bila nak makan luar," katanya. - Laporan tambahan NATASHA MUSTAFA


APA KATA PENIAGA

"Memang kami lega dengan kelonggaran ini, dan cawangan dan kakitangan kami bersedia menyambut kedatangan lebih ramai pelanggan.
Kami harap (kelonggaran ini) dapat membuat pengendali F&B lain yang senasib dengan kami untuk turut berasa sedikit lega.''

- Pengurus Kanan Black Hole Group, Encik Afiq Sulaiman.

"Memang kami jangkakan peningkatan ini kerana sebelum ini ramai pelanggan yang tidak ingin makan di luar kerana tak boleh duduk bersama anggota keluarga (yang bukan anggota isi rumah sama) atau teman-teman. Kami juga memastikan ada kakitangan dan kru dapur yang mencukupi untuk memastikan operasi terus berjalan lancar apabila jumlah pelanggan meningkat.''
- Pemilik bersama restoran The Straits Teppanyaki di Bussorah St, Muhamad Haikal Khan Hamzah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3