Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Apa perlu anda tahu tentang vaksin Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Apa perlu anda tahu tentang vaksin Covid-19

Jun 30, 2021 | 05:30 AM

S: Adakah ia percuma?

J: Vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna Covid-19, yang merupakan sebahagian daripada program vaksinasi Singapura, adalah percuma untuk semua warga Singapura dan penduduk tempoh panjang yang kini berada di sini.

Ini termasuk mereka yang memegang Pas S atau Pas Pekerjaan serta pemegang permit kerja, pembantu rumah migran, pas tanggungan, pas lawatan jangka panjang dan pemegang pas pelajar.

S: Bagaimana kalau saya enggan mengambil vaksin? Adakah saya akan kehilangan pekerjaan, terutamanya jika saya pekerja penjagaan kesihatan?

J: Walaupun vaksinasi tidak wajib untuk pekerja penjagaan kesihatan, semua penduduk setempat, termasuk pekerja penjagaan kesihatan digesa supaya mengambil vaksin.

Tidak ada rancangan untuk mengubah tugas pekerja penjagaan kesihatan yang tidak mahu divaksin, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID) Leo Yee Sin.

Hospital juga akan terus melaksanakan langkah pencegahan.

S: Apakah vaksin akan disimpan untuk saya jika saya mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat?

J: Bekalan vaksin tidak akan disimpan untuk mereka yang memilih untuk menangguh apabila tiba giliran vaksin mereka.

Sebaliknya, vaksin itu akan diberikan kepada sesiapa sahaja dalam giliran seterusnya. Ini kerana Singapura bermatlamat menvaksin semua orang seberapa cepat yang boleh.

S: Vaksin apa yang kini ditawarkan?

J: Sejauh ini Singapura telah meluluskan dua vaksin Covid-19 untuk digunakan sebagai sebahagian daripada program vaksinasi nasional - vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna. Kededua menggunakan teknologi mRNA.

S: Berapa banyak dos vaksin kita ada?

J: Jumlah vaksin yang dimiliki Singapura merupakan perangkaan sensitif dan tidak boleh didedahkan. Mantan Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata Singapura sedang berusaha menjamin beberapa vaksin Covid-19 bagi menampung segmen penduduk yang berlainan.

Mempelbagaikan portfolio ini akan memperbaiki peluang kita untuk menjamin vaksin yang sesuai untuk semua orang. Kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech tiba pada 21 Disember tahun lalu.

S: Bolehkah saya mendapatkan vaksin Covid-19 tanpa janji temu?

J: Membuat tempahan awal adalah perlu, yang memastikan kecekapan operasi dan mengurangkan masa menunggu bagi individu.

Tetapi warga emas berusia 60 tahun ke atas boleh ke mana-mana pusat vaksinasi dan mendapatkan vaksin secara sepontan.

S: Setelah divaksin, apakah saya tidak perlu memakai pelitup lagi?

J: Vaksin tidak berkesan 100 peratus, dengan adanya laporan ramai individu divaksin dijangkiti di global. Tetapi, vaksin membantu mengurangkan penyakit Covid-19 daripada bertambah teruk.

S: Boleh saya pilih vaksin Covid-19 mana untuk diambil?

J: Setiap pusat menawarkan vaksin yang berlainan. Orang awam boleh mengkases senarai pusat vaksinasi dan jenis vaksin ditawarkan di laman ini https://www.vaccine.gov.sg/locations-vcs

Mereka yang lebih memilih vaksin bukan Pfizer dan Moderna akan perlu divaksin di institusi jagaan kesihatan privet.

Ini mungkin menelan kos, seperti bayaran di antara $10 dengan $25 setiap dos bagi vaksin Sinovac.

S: Bilakah giliran saya divaksin? Berapa lama harus saya tunggu bagi masa di antara dos?

J: Singapura telah menawarkan vaksinasi kepada semua warga Singapura dalam kumpulan usia 12 tahun ke atas, mahupun penduduk yang berumur 40 tahun ke atas. Remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun diberikan vaksin Pfizer-BioNTech.

S: Bila warga emas divaksin?

J: Singapura telah memulakan vaksinasi Covid-19 bagi warga emas berusia 70 tahun ke atas pada 27 Januari, bermula dengan skim perintis di Ang Mo Kio dan Tanjong Pagar.

S: Apakah vaksinasi ini akan meninggalkan parut seperti vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG)?

J: Ini tidak mungkin berlaku sebab ia adalah suntikan intraotot (seperti vaksin influenza). Tidak ada laporan ia meninggalkan parut.

Tidak seperti BCG, yang mana tempat suntikan adalah hanya di bawah permukaan kulit, kebanyakan suntikan intraotot tidak akan meninggalkan parut sebab keradangan akan berlaku dalam otot.

S: Boleh saya ambil suntikan Sinovac? Bagaimana untuk berbuat demikian?

J: Vaksin Sinovac buan sebahagian daripada program vaksinasi nasional Singapura kerana ia belum menerima kelulusan Penguasa Sains Kesihatan.

Tetapi ia dibenarkan di bawah Laluan Akses Khas, setelah diluluskan di bawah Senarai Kegunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3