Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN WARTAWAN

Apa yang penting masa bermutu diluang bersama anak-anak

Jun 13, 2022 | 05:30 AM



KELUHAN mengenai kurangnya kegiatan bagi kanak-kanak dan keluarga di sini, terutama semasa musim cuti sekolah, yang pada satu ketika dahulu kerap kedengaran, mungkin kian reda.



Selain bilangan kegiatan bagi keluarga dan kanak-kanak yang diadakan sepanjang bulan ini, ada juga beberapa ibu bapa yang bertindak secara kreatif untuk mengisi masa lapang dengan anak-anak mereka.



Baru-baru ini, akhbar ini menerbitkan kisah sebuah keluarga empat beranak yang memilih 'bercuti' dengan berbasikal sekeliling Singapura.



Bagi merancakkan lagi pengalaman bagi anak-anak, keluarga itu juga memutuskan mendirikan khemah di kawasan yang dibenarkan, seperti di pantai, buat beberapa malam.



Seorang lagi pasangan muda yang mempunya anak kecil pernah memberitahu saya beliau menggunakan barangan di rumah untuk 'mencipta' barang permainan bagi anak-anaknya.



Sebagai contoh, mereka menggunakan makaroni atau pasta berbilang bentuk bagi membuat kraf tangan dan membekukan patung-patung haiwan anak-anak untuk mengajar mereka mengenai subjek sains.



Pengalaman kededua ibu bapa ini memberi saya ilham dan mengajar saya tentang aspek penting semasa cuba mengilhamkan kegiatan bagi anak-anak - iaitu lebih penting daripada kegiatan yang diadakan adalah masa yang diluangkan dengan anak-anak.



Masa 'kualiti' yang dapat diluangkan dengan anak-anak melebihi wang yang dibelanjakan untuk membawa mereka bercuti ke luar negara, mendaftarkan mereka bagi program pengayaan khas semasa cuti sekolah dan barang permainan.



Bagi saya, peri penting masa bermutu ini betul-betul terserlah di tengah-tengah pandemik pada tahun lalu, apabila kebanyakan penduduk di sini terkongkong di rumah dan perlu menggunakan semua tenaga kreatif untuk menghiburkan diri dan keluarga.



Melebihi manfaat berseronok bersama-sama, masa bermutu ini juga membolehkan kita memupuk nilai kekeluargaan dalam diri anak-anak, seperti kasih sayang, keprihatinan dan hormat.



Justeru, pesanan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada pelancaran acara Minggu Keluarga Nasional (NFW) baru-baru ini, iaitu supaya menanam nilai kekeluargaan dalam diri anak-anak daripada usia awal sesuatu yang dekat di hati saya.



Hujung minggu ini, karnival bergerak percuma bagi keluarga yang dianjurkan pertubuhan bukan raih keuntungan, Keluarga Sepanjang Hayat (FFL), di Our Tampines Hub, pusat beli-belah Lot One dan Northpoint City mencapai kemuncaknya.



Namun, ada banyak lagi kegiatan bagi keluarga di serata pulau.



Sebagai contoh, Muzium Negara mempunyai beberapa acara bagi sesisi keluarga, termasuk pameran mengenai teknologi dari 1970-an hingga masa ini, daripada mesin taip kepada komputer dan telefon bimbit.



Bahan-bahan seperti ini boleh menjadi permulaan perbincangan dengan anak-anak mengenai perubahan teknologi yang kita gunakan setiap hari dan mencetus projek DIY di rumah.



Di Esplanade pula, ada beberapa acara percuma dan bertiket yang bukan sahaja boleh dinikmati, malah boleh menjadi sumber pengajaran bagi seisi keluarga.



Sebagai contoh, pameran 'Sender of Wisher' oleh Gatot Indrajati dari Indonesia menampilkan barang permainan yang dibuat daripada kayu yang dipamerkan bagi melambagkan harapan individu untuk bangkit daripada pandemik ini.



Bagi yang mungkin enggan keluar jauh dari rumah, perpustakaan awam di kejiranan anda juga menawarkan pelbagai buku dan wadah media lain yang boleh dipinjam dan dibawa ke rumah untuk dinikmati seisi keluarga.



Pilihan yang ada luas dan kita tidak perlu berfikir terlalu sukar untuk mengisi masa bermutu dengan anak-anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >