JUMLAH UTAMA
>3.8 juta atau 70%
Penduduk Singapura sedang menjalani program TraceTogether.
>2 juta
Jumlah orang yang telah memuat turun, berdaftar dan sedang menggunakan aplikasi TraceTogether.
>1.75 juta
Jumlah token TraceTogether yang telah diedarkan.
>50%
Jumlah penduduk yang telah mengambil token TraceTogether di kelab-kelab masyarakat.
5 juta
Token TraceTogether yang akan dikeluarkan dan diedarkan sebelum pertengahan Februari 2021.
6
kelab-kelab masyarakat terakhir yang dibuka untuk pengambilan token
SOALAN SERING DITANYA
Bagaimana boleh saya mendapatkan token?
- Lawati laman token.gowhere.sg dan masukkan poskod anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
- Penduduk yang ingin mendapatkan token sebelum diedarkan oleh kawasan mereka boleh berkunjung ke pusat pengambilan yang telah dibuka.
Jika saya mendapatkan token saya, perlukah saya memuat turun aplikasi TraceTogether?
- Anda boleh menggunakan salah satu dari dua cara ini - menerusi token ataupun aplikasi
- Token direka untuk mereka yang tidak mahu memuat turun aplikasi TraceTogether atau tidak biasa menggunakan telefon bijak.
Adakah token saya kalis air?
- Token ini rintang air tetapi bukan kalis air.
- Harus dijaga seperti anda menjaga telefon bimbit - jangan jatuhkan dari tempat tinggi, memasukkannya dalam air atau meletaknya dekat dengan api.
Apakah yang harus saya lakukan jika kehilangan token?
- Anda boleh menggantikannya di mana-mana kelab masyarakat yang telah memulakan pengedaran.
- Tidak perlu membuat bayaran jika token anda hilang buat kali pertama.