DANA akaun Medisave Cik Norizah Mohamad Salleh sudah kosong setelah bertahun digunakan bagi menampung bil hospital.
Sejak kecil lagi, suri rumah itu menderita penyakit semput. Kini, pada usia 46 tahun, beliau menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan beberapa lagi masalah pernafasan. Beliau juga pernah menjalani pembedahan buah dada dan rahim.