Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apabila nasi menangis... buku papar kisah hidangan nasi dalam budaya Melayu

Oct 08, 2023 | 06:29 PM



Orang Melayu dan nasi berpisah tiada. Namun berapa ramaikah yang benar-benar tahu tentang keistimewaan nasi bagi masyarakat Melayu?

Dalam buku terbaru tulisan Cik Hidayah Amin, Nasi: When Rice Grains Cry; A Pictorial Guide to Malay Rice Dishes, penulis mengupas pentingnya nasi dalam budaya Melayu.


Buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu merupakan buku ketiga dalam siri Warisan Melayu. Buku pertama ialah tentang bahasa sementara buku kedua ialah berkenaan kuih-muih Melayu.


“Kita selalu ambil sambil lewa sesuatu yang amat berharga. Di Asia Tenggara, rata-rata penduduk makan nasi.


“Generasi muda kebanyakannya tidak tahu tentang cerita-cerita nasi, nasi-nasi Melayu... bahkan nasi padang, ada yang fikir ia adalah ‘field rice’ (terjemahan langsung daripada perkataan Melayu),” kata Cik Hidayah.

Ini yang antara lain mendorongnya tekad menulis buku tentang ruji tersebut.

Buku tersebut dilancarkan pada Ahad di Wisma Geylang Serai sebagai sebahagian acara Bulan Bahasa.

Semasa pelancaran tersebut, Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, yang hadir selaku tetamu terhormat berkata penerbitan buku itu tepat pada masanya.

“Kita sering mengambil mudah perkara harian seperti nasi yang kita makan, rezeki yang kita ada, nikmat yang telah kita berikan. Berapa ramaikah anak-anak kita yang tahu tentang perkara seperti menuai padi?


“Pernahkah mereka mendengar masakan nasi seperti nasi hujan atau nasi dagang? Adakah mereka tahu peribahasa yang ada tentang nasi?


“Nasi sangat penting dalam diet dan budaya kita terutamanya dalam konteks Asia Tenggara, jadi saya gembira mengetahui bahawa buku ini menyediakan jawapan kepada soalan-soalan ini,” ujar beliau.


Beliau menambah bahawa untuk lebih menghargai keindahan dan nuansa bahasa, seseorang juga harus menyelami budaya, makanan dan aspek warisan yang lain.

“Apabila kita lebih memahami budaya dan warisan kita, pembelajaran bahasa akan menjadi lebih mudah dan lebih menyeronokkan.

“Kita harus cuba mengenali bahasa dan budaya kita, mungkin selepas itu kita akan rasa lebih bangga dan rasa cinta itu akan berputik,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >