Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apam balik beri 'power' tambah rezeki bantu suami sara keluarga

Apr 08, 2021 | 05:30 AM



DIKENALI sebagai apam balik di Singapura, kuih ini juga terdapat di beberapa negara lain tetapi dengan nama lain.



Antara nama lain apam balik, bergantung pada tempat ia dibuat, ialah terang bulan, min chiang kueh,murtabak manis dan apam Pulau Penang.



Walaupun apam balik kegemaran ramai di Singapura, seorang wanita Sumatera yang berkahwin dengan seorang warga Singapura mendapati tidak ramai orang menjual kuih itu di sini.



Ini memberi suri rumah itu idea menjual apam balik apabila beliau ingin membuka perniagaan sendiri bagi menambah pandapatan dan membantu suaminya menyara keluarga mereka.



Beliau dipapar dalam episod keenam program Jaguh Memasak yang disiarkan di Facebook BH Singapura dan Wisma Geylang Serai.



Cik Roza, yang datang ke Singapura selepas berkahwin pada 2005, berkata beliau suami isteri suka menjamu selera di serata Singapura dan Roza memerhatikan tidak ramai peniaga Melayu/Islam menjual kuih apam balik.



Kuih itu biasanya dijual semasa bazar Ramadan sahaja, ujar beliau, yang berusia 46 tahun dan sekarang warga Singapura.



Oleh itu, pada 2009 Cik Roza memulakan perniagaan Apam Balik Power, yang menjual apam balik sepanjang tahun.



"Saya masih ingat berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun itu. Pada masa itu, saya mempunyai seorang anak dan hanya suami saya yang bekerja sepenuh masa.



"Agak sukar juga baginya menyara keluarga, jadi saya pun terfikir mengenai apa yang saya dapat lakukan untuk dapatkan duit belanja tambahan," kata Cik Roza.



Di tengah-tengah keadaan tidak menentukan ketika itu, beliau membuka sebuah gerai kecil di Jurong West. Namun, Cik Roza terpaksa menutupnya sebulan kemudian kerana kos sewa terlalu tinggi.



Pengalaman itu tidak menghambat Cik Roza memikirkan cara alternatif untuk berniaga.



Pada 2012, beliau buat kali pertama menyertai bazar Ramadan diGeylang Serai dan populariti Apam Balik Power meningkat secara perlahan-lahan.



Antara faktor pelaris itu ialah beliau menyediakan apam balik beraneka perisa, termasuk perisa onde-onde, keju oreo, keju coklat dan red velvet.



"Pada satu masa, seorang mat salih datang ke gerai saya. Dia tengok ramai orang beratur untuk beli apam balik saya.



"Saya rasa dia biasa lihat apam balik berinti kacang dan gula saja. Tapi di gerai saya dia nampak perisa unik seperti coklat bersama pisang dan kacang bersama coklat.



"Dia pun ambil gambar dan memuatnaikkannya di Internet. Lepas itu saya rasa lebih ramai orang datang dan beratur untuk kuih saya... berbilang bangsa," kata Cik Roza.



Sejak itu, Apam Balik Power berniaga di bazar Ramadan Geylang Serai selama bertahun-tahun serta tempat popular lain, seperti Expo Singapura, Rosevalley dan Marina Bay Sands



Sejak dua tahun lalu, ibu empat anak itu membuka sebuah gerai kecil di Restoran Ayza di Jurong West.



Berkongsi rancangan masa depannya, Cik Roza berharap anak-anaknya dapat meneruskan perniagaan apam balik itu.



"Sekarang saya masih berjualan secara kecil-kecilan.



"Anak-anak saya pun masih kecil. Yang sulung hanya 14 tahun, yang bongsu 10 tahun.



"Sedang mereka membesar, saya akan mengajar mereka cara memasak kuih ini dan terus mengembangkan perniagaan saya, insya-Allah," ujarnya.



Episod keenam Jaguh Memasak akan ditayang pada 8.30 malam esok di Facebook BH Singapura dan Wisma Geylang Serai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >