Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN NEGARA

Apartmen jagaan masyarakat di Bedok bakal dibina akhir 2023

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



WARGA yang ingin menetap di kediaman yang menyepadukan pelbagai kemudahan mesra warga emas boleh memanfaatkan satu lagi apartmen jagaan masyarakat (CCA) yang akan dibina di Bedok lewat tahun ini.



Mengumumkan demikian di Parlimen pada Khamis, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata ekoran sambutan positif daripada projek perintis, pemerintah mempunyai rancangan membangunkan lebih banyak CCA di lokasi berbeza di serata pulau.



"Kami juga akan terus memperhalusi model CCA sedang kami menimba pengalaman, terutamanya selepas penduduk pertama berpindah tahun depan," kata beliau.



Sebelum ini, dua CCA di Bukit Batok dan Queestown telah dilancarkan.



Memberikan butiran lanjut, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata CCA yang ketiga di Bedok itu akan menawarkan sekitar 200 unit.



"Bagi warga emas, kami akan terus menjadikan perumahan dan perbandaran lebih inklusif untuk mereka, demi membantu mereka menjalani hidup yang panjang, sihat serta gembira," kata Dr Faishal.



Penduduk CCA misalnya akan dapat memanfaatkan stesen kecergasan dengan mudah, taman permainan, dan kebun masyarakat.



"Kemudahan ini menggalakkan penuaan aktif, dan menyediakan peluang bagi penduduk pelbagai usia untuk berinteraksi," ujar Dr Faishal.



Beliau menambah tapak itu juga akan diletakkan berhampiran Pusat Penuaan Aktif, kelab masyarakat, pasar dan pusat penjaja.



Dalam pada itu, kementerian tersebut juga bekerjasama dengan sektor swasta untuk mencipta bersama model hidup bantuan inovatif yang boleh memenuhi pelbagai pilihan dan gaya hidup warga emas.



Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (MOH), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) telah melancarkan tapak kediaman dengan bantuan privet di Parry Avenue untuk dijual pada September 2022.



Dr Faishal berkata tender akan ditutup akhir bulan ini dan pihaknya menantikan saranan yang baru.



Mengakhiri hujahnya, Dr Faishal berkata:



"Izinkan saya mengesahkan komitmen kami membina kediaman inklusif untuk semua rakyat Singapura.



"Di mana pemilikan rumah kekal mampu milik dan boleh diakses, termasuk rakyat Singapura yang berpendapatan rendah.



"Di mana kami menyepadukan perumahan dengan sokongan sosial untuk memperkasa dan meningkatkan isi rumah berpendapatan rendah kami.



"Di mana rumah dan bandar kami menyokong keperluan warga emas kami.



"Dan tempat kami bekerjasama dengan masyarakat untuk mencipta ruang bertenaga dan menawan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >