Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apartmen jagaan masyarakat tawar pelbagai kemudahan

Dec 11, 2020 | 05:30 AM



PENDUDUK Apartmen Penjagaan Masyarakat yang akan dilancarkan buat kali pertama di Bukit Batok boleh menikmati pelbagai kemudahan di dalam dan dekat kawasan perumahan mereka.



Ini termasuk pusat penjaja, pusat kegiatan dan kebun masyarakat serta Poliklinik Bukit Batok, rumah jagaan Bukit Batok Care Home dan pasar basah yang terletak sekitar lima hingga 10 minit jalan kaki dari rumah mereka.



Bahkan, semua penduduk juga akan diberi keutamaan dimasukkan ke rumah jagaan Bukit Batok Care Home berdekatan sekiranya perlu pada masa akan datang.



Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Negara (MND), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam, mereka juga boleh menikmati pelbagai kemudahan lain yang berdekatan dengan rumah mereka di Bukit Batok West Avenue 9 itu termasuk kedai di pembangunan pelbagai guna Le Quest, pusat beli-belah West Mall dan stesen MRT Bukit Batok MRT.



Difahamkan, pertimbangan serupa akan diambil pemerintah untuk memastikan lokasi yang sesuai bagi warga emas dengan pelbagai kemudahan berdekatan bagi projek Apartmen Penjagaan Masyarakat pada masa akan datang.



Sementara itu, ruang komunal akan turut disediakan di setiap tingkat untuk membolehkan penduduk berinteraksi dengan satu sama lain dan mengeratkan hubungan.



Menurut MND, MOH dan HDB, warga emas juga boleh memilih untuk mengundi bagi flat mereka bersama teman atau anggota keluarga yang turut layak membeli Apartmen Penjagaan Masyarakat.



Sekiranya berjaya, mereka boleh menempah flat mereka bersama.



Skim ini difahamkan unik bagi permohonan Apartmen Penjagaan Masyarakat dan memberi peluang kepada pemohon memilih unit yang dekat satu sama lain.



Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang flat yang akan dilancarkan Februari nanti itu menerusi satu pameran yang akan berlangsung di Hab HDB dari 14 Disember hingga 31 Mac 2021.



Mereka yang berminat berkunjung ke pameran itu perlu membuat janji temu menerusi HDB InfoWEB mulai 11 Disember. Orang ramai juga boleh menghubungi talian 1800-866-3066 dari 8 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >