Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Api jilat koridor flat penuh dengan barang

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



SURI rumah Sariffah Alwiyah Syed Muhammad, 63 tahun, dikejutkan oleh satu berita buruk sebaik sahaja beliau keluar dari teksi di bloknya kelmarin malam.



Jiran memberitahu beliau ada kebakaran di koridor rumahnya di tingkat sembilan di Blok 3 Telok Blangah Crescent.



Lebih membimbangkan, anaknya, Encik Noorhaizad Rahman, 43 tahun, berada dalam rumah dan sedang berusaha untuk keluar.



Mujur, Encik Noorhaizad, yang terencat otak setelah mengalami nahas jalan raya ketika berusia empat tahun, dapat menyelamatkan diri sebelum api kian merebak.



Kejadian itu berlaku semasa Sariffah Alwiyah balik daripada membeli makan malam untuk anaknya itu.



"Saya beritahu anak saya supaya cepat-cepat keluar dari rumah dan turun ke bawah. Benda-benda di luar dan dalam rumah tak apa. Bukan rezeki saya.



"Yang penting, anak saya selamat," katanya, yang menelefon anaknya sejurus diberitahu beliau masih berada di dalam rumah, kepada Berita Harian.



Menurut Encik Noorhaizad, beliau menyimbar tiga baldi air untuk cuba memadamkan api.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan mereka menerima laporan mengenai kebakaran itu sekitar 8 malam dan ia melibatkan pelbagai barang yang diletak di koridor tersebut.



SCDF sedang menyiasat punca kebakaran.



Jiran Sariffah Alwiyah yang tinggal di tingkat sama, Encik Supardye Supono, 36 tahun, dan isterinya, Cik Sabariah Bohari, 38 tahun, pula hanya dapat menyelamatkan diri dengan bantuan SCDF.



"Oleh sebab pintu rumah saya ditutup, saya tidak tahu apa kekecohan di luar. Selepas saya mula bau asap, saya cuba buka pintu sedikit untuk mengintip tapi dengan serta-merta bau asap menusuk hidung dan koridor kelihatan sangat gelap dengan kepulan asap.



"Saya pun cepat-cepat tutup pintu dan menggunakan tuala untuk menutup jurang di bawang pintu supaya asap tidak masuk," ujar Encik Supardye, seorang pekerja kawalan serangga perosak.



Asap itu membuat Cik Sabariah, yang berpenyakit semput, menjadi lemah.



"Saya berasa panik juga sambil menunggu bantuan. Nasib baik SCDF datang dan membantu kami berdua keluar rumah dan di bawah, saya masih menggeletar dan pegawai perubatan mengesyorkan menghantar saya ke SGH (Hospital Besar Singapura) untuk pemeriksaan lanjut," cerita pekerja pembersihan itu.



Beliau keluar hospital sekitar empat pagi semalam dan mendapat cuti sakit lima hari.



"Doktor kata saya boleh pulang kerana tidak menyedut terlalu banyak gas dan partikel berbahaya," ujar Cik Sabariah.



Lapan penduduk blok itu dilaporkan cedera dan empat dihantar ke SGH bagi pemeriksaan.



Sambil menunjukkan rumahnya penuh barang seperti baju yang dikumpul untuk diasingkan dan kemudian diderma, Sariffah Alwiyah berkata:



"Saya serik meletak barang-barang di luar seperti ini dan sangat bersyukur rumah saya tidak terjejas kerana dalam rumah juga banyak barang."



"Saya harap orang lain tidak meletak barang-barang di luar seperti ini kerana boleh menjadi punca kebakaran," tambahnya.



Dalam satu pos di Facebook, SCDF mengatakan barang-barang yang diletak di koridor juga boleh menghambat usaha anggota bomba memadam api, memindahkan mangsa dan menghantar pesakit semasa kecemasan perubatan.



Jika mendapati kemungkinan bahaya kebakaran, orang awam boleh melaporkannya menerusi aplikasi myResponder atau di talian SCDF, 1800-280-0000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >