KESUKARAN berbincang idea secara serentak dengan pekerja mereka di Singapura dan Indonesia telah 'memaksa' empat rakan niaga - Encik Muhammad Amin Nordin, Encik Muhammed Md Rahim, Encik Delta Purna Widyangga dan Encik Evan Purnama - memikirkan cara menyelesaikan cabaran itu.
Huraiannya, para pemilik firma pembangunan aplikasi 1.618 Pte Ltd itu membina satu aplikasi pesanan segera bernama Qiscus, sekitar tahun lalu.