Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aplikasi bagi pemandu EV cari tempat pengecas, bandingkan harga

EV
Mar 30, 2022 | 05:30 AM



PEMANDU kenderaan elektrik (EV) kini boleh mengenal pasti lokasi tempat pengecas EV dan membandingkan harganya menerusi sebuah aplikasi, MyTransport.SG.



Sementara itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan menambah lagi 12,000 tempat mengecas EV di hampir 2,000 tempat letak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menjelang hujung 2025.



Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, mengumumkan perubahan itu semasa pelancaran sebuah kempen EV nasional bagi menggalak penggunaan kenderaan sedemikian demi membuat sistem pengangkutan darat Singapura lebih mampan.



"Selama ini, pengguna EV mungkin perlu mendaftar masuk beberapa aplikasi untuk mencari dan membandingkan pusat mengecas EV.



"Bagi menawarkan kemudahan menyeluruh, LTA telah membangunkan sebuah platform tunggal dan bekerjasama dengan beberapa pengendali pengecas EV untuk menawarkan maklumat penting mengenai kemudahan itu," kata Encik Iswaran.



Maklumat tersebut termasuk mengetahui lokasi pengecas terdekat, harga dan kadar kuasa elektrik.



Aplikasi tersebut akan menawarkan maklumat mengenai lebih 800 tempat pengecas EV di 200 lokasi kendalian Bluecharge, CDG Engie, Charge+, Shell Recharge dan SP Mobility.



Tahun lalu, jumlah pendafaran EV baru naik hampir 20 kali ganda kepada 1,800, menyumbang 4 peratus kepada pendaftaran kereta baru secara keseluruhan.



Hingga akhir bulan lalu, EV di sini berjumlah 4,166, membentuk 0.4 peratus daripada jumlah kenderaan.



Ini berbanding 1,336 pada 2019, yang membentuk 0.1 peratus daripada jumlah ketika itu.



Mengenai tempat pengecas EV, LTA akan melancarkan tender berskala besar pertamanya untuk menyediakan lebih banyak kemudahan itu bulan depan.



Pemandu EV boleh menjangka antara tiga hingga 12 tempat mengecas kereta di setiap tempat letak kereta HDB, berdasarkan permintaan dan kapasiti kuasa elektrik menjelang tahan itu.



Pelancaran kempen EV nasional oleh Encik Iswaran semalam diadakan di sebuah tempat letak kereta HDB di Jurong West - salah sebuah tempat ke-reta HDB pertama yang dilengkapi dengan pusat pengecas EV.



Kemudahan itu disediakan di situ di bawah satu tender perintis bersama Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan LTA bagi melengkapkan 200 tempat letak kereta awam dengan 600 kemudahan itu.



LTA berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa tender baru bulan depan dibahagikan kepada 10 pakej - setiap satu merangkumi bilangan tempat letak kereta yang sama dan sah selama 10 tahun.



Pihak yang mendapat tender itu akan menyediakan tiga hingga 12 pusat mengecas di tepat letak kereta yang dikhususkan kepada mereka menjelang akhir 2025.



Pembida akan dinilai dari segi cara mereka ingin menawarkan khidmat mengecas kereta boleh dimampui, boleh diyakini dan mampan, kata LTA.



Mereka juga dinilai dari segi cara mereka menjalankan percubaan ke atas kemudahan itu serta huraian inovatif dalam menangani isu penggunaan pusat mengecas berlebihan, serta memaksimumkan pemasangan kemudahan itu di tempat letak kereta yang mempunyai kapasiti elektrik terhad.



"Peralihan kepada EV adalah satu kunci utama dalam menghijaukan sistem pengangkutan darat kita," kata Encik Iswaran.



Singapura bercadang meniadakan secara bertahap kenderaan yang beroperasi menggunakan enjin pembakaran sepenuhnya menjelang 2040.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >