Aplikasi bahasa i-COMM yang dipertingkat permudah lagi hubungan jururawat, pesakit
Jun 30, 2019 | 05:30 AM
DAHULU, apabila Cik Mashithah Mansor menghadapi masalah memahami keperluan pesakitnya yang menggunakan dialek seperti Hokkien untuk berbual, beliau mendapatkan bantuan orang di sekelilingnya, dan ini mengambil masa.
Namun kini, klinisian jururawat itu hanya perlu merujuk kepada aplikasi i-COMM - alat bahasa yang membantu staf penjagaan kesihatan berhubung dengan lebih berkesan dalam bahasa vernakular.