Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aplikasi bantu mahasiswa NUS raih kerja idaman

Jan 25, 2021 | 05:18 PM



LEBIH 13,000 mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) telah memuat turun aplikasi telefonn bimbit bagi membantu mereka mempersiapkan diri bagi tenaga kerja.



Aplikasi 'NUS career+' itu dilancarkan secara rasmi pada Isnin (25 Januari) dan menggunakan  kecerdasan buatan (AI) serta data besar bagi membantu pelajar merancang pendidikan dan kerjaya mereka dengan mengambil kira kemahiran yang ditimba serta yang dicari-cari sektor pekerjaan.



Aplikasi ini dibangunkan bersama NUS dan JobTech, firma teknologi baru Singapura yang menyediakan khidmat pemadanan kerja. Versi beta sebagai ujian telah dihasilkan pada September 2018.



Dibuka kepada 32,000 mahasiswa NUS, aplikasi ini berupaya melakar profil kemahiran peribadi seseorang berdasarkan rekod akademiknya. Mahasiswa yang menggunakan aplikasi ini boleh memilih bidang kerjaya kegemaran mereka, dengan carta 'bar' kemajuan dan kesediaan bagi sesuatu kerjaya dijana.



Carta 'bar' kemajuan yang ringkas bermakna mahasiswa berkenaan perlu mengambil lebih banyak modul yang relevan bagi merapatkan jurang kemahiran. Aplikasi itu kemudian akan mengusulkan modul sesuai untuk diambil.



Dalam satu kenyataannya pada Isnin, NUS berkata sedang gerbang pekerjaan tradisional membuat usulan berdasarkan pilihan pencarian si pengguna, aplikasi ini menganalisa jutaan lampiran pos kerja setiap hari bagi menyarankan kepada mahasiswa pekerjaan yang sesuai melihat pada profilnya.



"Ini akan mendedahkan mereka kepada peluang pekerjaan yang lebih luas termasuk dalam bidang yang mereka sendiri tidak ketahui sebelum ini," ujar NUS yang akan mengadakan pesta kerjaya tahunan selama tiga hari minggu ini (25, 27 dan 29 Januari). Edisi tahun ini adalah pesta kerjaya maya terbesar sejauh ini.



Bagi membantu pelajar menyesuaikan diri kepada gangguan kerja, aplikasi NUS ini memiliki beberapa fungsi seperti Skor Indeks Masa Depan Bakat, yang menunjukkan kemahiran yang kemungkinan amat diperlukan pada masa akan datang.



Sebagai tambahan, ciri graf kemahiran dalam aplikasi ini membolehkan pelajar melakar set kemahiran secara visual dan mengenal pasti kemahiran dampingan yang disejajarkan pada tuntutan pasaran.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >