Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Aplikasi LTA terima 270 laporan salahguna PMD, PAB dalam sebulan

Sep 24, 2019 | 07:12 PM

270 laporan telah difailkan orang awam terhadap  pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) dan basikal menggunakan kuasa (PAB) dalam tempoh sebulan selepas pelancaran fungsi aplikasi baru itu.

Laporan ini membantu Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengenal pasti kawasan di mana laporan berkaitan PMD dan PAB dibuat, selain mengenal pasti kawasan baru yang memerlukan  penguatkuasaan lebih mendalam, kata pihak berkuasa pada Selasa (24 September).

LTA memperkenalkan fungsi “Report PAB / PMD” dalam aplikasi MyTransport.SGnya pada 31 Julai, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk meningkatkan penguatkuasaannya terhadap pesalah. 

Aplikasi itu mempunyai sekitar 700,000 pengguna pada Julai.

Pada hari pelancaran fungsi baru itu, aplikasi tersebut menerima lebih 30 laporan, dan 270 laporan pada 31 Ogos, genap sebulan selepas pelancaran fungsi baru tersebut.

Satu kawasan yang banyak menerima laporan berkenaan penggunaan PMD dan PAB yang berbahaya adalah di Pasir Ris Street 11.

Dalam satu pos di Facebook, LTA berkata: "Pegawai penguatkuasa mobiliti aktif kami dikerahkan ke kawasan itu (Pasir Ris Street 11) dan telah mendapati sembilan kesalahan (yang dilakukan) di sana.

"Kami juga merampas PMD yang beratnya melebihi 47kg, iaitu lebih berat daripada had 20kg yang dibenarkan."

LTA menggesa orang ramai supaya terus melaporkan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna PMD dan PAB. 

Sejumlah 228 kemalangan melibatkan PMD di laluan awam dilaporkan antara 2017 dengan 2018, 196 daripadanya telah mengakibatkan kecederaan.

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan keselamatan berkaitan penggunaan PMD.

Selain ingin menambah  pasukan pegawai penguatkuasaannya kepada sekitar 200 anggota menjelang akhir tahun ini, LTA juga telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang menerima banyak laporan berkaitan penyalahgunaan PMD dan PAB, seperti di Woodlands dan Jurong West, untuk mengenal pasti pesalah.

Pada masa yang sama, kerja-kerja naik taraf sedang dijalankan. Misalnya, $50 juta akan diketepikan untuk membantu usaha mengembangkan prasarana mobiliti aktif dalam tempoh beberapa tahun mendatang, selain mempercepatkan usaha naik taraf di kawasan di mana banyak kemalangan berkaitan PMD dan PAB berlaku.

 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian