Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aplikasi mudahkan pegawai keselamatan lapor isu kerja

Dec 28, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH aplikasi telefon bimbit percuma telah dilancarkan bagi membolehkan pegawai keselamatan melaporkan sebarang isu berhubung pekerjaan, termasuk penganiayaan, pada bila-bila masa dan dari mana sahaja.



Aplikasi itu dilancarkan oleh Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) semalam, setelah ia mendedahkan pendapatan daripada tinjauan ketiga melibatkan golongan pekerja itu, yang ia jalankan bersama Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) tahun ini.



Sedang tinjauan itu antara lain menunjukkan bahawa pegawai keselamatan rata-rata tahu di mana mendapatkan bantuan sekiranya mereka mengalami penganiayaan di tempat kerja, USE berkata lebih banyak boleh dilakukan untuk mempercepatkan proses itu dan membolehkan badan pihak ketiga yang berkecuali untuk membantu menyiasat dan mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi.



Aplikasi baru itu akan bertindak sebagai aplikasi perhentian pertama dan sehenti yang membolehkan pegawai keselamatan serta agensi keselamatan melaporkan sebarang masalah.



Setelah mendaftar bagi sebuah akaun, pengguna boleh memasukkan butiran kes atau masalah yang dihadapi termasuk lokasi dan gambar.



Kes itu akan disalurkan kepada Khidmat Pengantaraan USE untuk tindakan lanjut.



Pengguna juga boleh memeriksa status kes yang mereka hantarkan itu melalui aplikasi tersebut dan juga mendapat maklumat terkini tentang industri keselamatan dan kesatuan.



Setiausaha Eksekutif USE, Encik Steve Tan, berkata aplikasi itu memudahkan lagi pegawai keselamatan membuat laporan kes.



Sebelum aplikasi itu diperkenalkan, pegawai keselamatan menghantar e-mel atau pergi ke pusat Khidmat Pengantaraan USE untuk melaporkan kes.



"Jika ia adalah kes antara pegawai dengan majikan, kita akan menjadi pengantara, tetapi jika ia adalah kes penganiayaan, kita akan bekerjasama dengan pegawai itu untuk mengambil langkah yang diperlukan, seperti membuat laporan polis, atau turun ke lokasi untuk menyelesaikannya jika ia adalah pelaku yang berulang, seperti ejen pengurusan sebagai contoh," kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >