Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aplikasi permudah komunikasi antara ibu bapa dan sekolah dilancar

Jan 02, 2019 | 12:04 PM



KHIDMAT digital yang memudahkan komunikasi antara ibu bapa dan sekolah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Ong Ye Kung di Sekolah Rendah Huamin pagi tadi (2 Jan).



Parents Gateway, yang merupakan hasil kerjasama antara Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) dan Kementerian Pendidikan (MOE), merupakan aplikasi sehenti untuk ibu bapa dan sekolah untuk memberi sokongan terhadap pendidikan anak-anak mereka melalui komunikasi yang lebih baik.



Antara fungsi yang ditawarkan aplikasi tersebut, yang disediakan bagi pengguna IOS dan Android, termasuk untuk menerima berita atau maklumat terkini berkaitan program serta aktiviti yang disediakan.



Ia juga membolehkan ibu bapa menjalankan urusan pentadbiran termasuk memberikan keizinan supaya anak-anak mereka dapat menyertai aktiviti-aktiviti di sekolah.



Ibu bapa boleh memuat turun aplikasi tersebut dari Apple Store atau Google Play Store dan menggunakan akaun SingPass mereka beserta SMS 2FA atau kunci OneKey untuk menggunakan fungsi tersebut.



Melalui akaun ini, ibu bapa boleh menerima maklumat serta menjalankan urusan pentadbiran untuk anak-anak mereka, walaupun mereka berada dalam kelas atau sekolah yang berbeza.



Dalam suku pertama tahun ini, sebanyak 66 sekolah rendah, menengah dan maktab rendah akan turut serta dalam inisiatif ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >