Aplikasi, portal permudah penduduk beri maklum balas

PEJABAT Perkhidmatan Perbandaran (MSO) telah bekerjasama dengan kesemua 16 majlis bandaran di sini bagi memudahkan penduduk memberi maklum balas tentang pelbagai isu di estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mereka.

Satu kategori baru yang dinamakan 'Kemudahan Di Estet HDB' (Facilities in HDB Estates) dalam aplikasi mudah alih dan portal OneService akan membolehkan penduduk mengutarakan pandangan mereka tentang isu seperti penyenggaraan tempat letak kereta HDB dan ruang awam lain, yang berada di bawah tanggungjawab majlis bandaran.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan