Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aplikasi SG Cares sedia maklumat kerja amal, derma

Jan 14, 2018 | 05:30 AM



ORANG ramai kini boleh mendapatkan maklumat mengenai peluang melakukan kerja sukarela dan sumbangan derma menerusi aplikasi SG Cares.



Aplikasi itu menyediakan wadah bagi masyarakat berkongsi berita, cerita, sumber dan peluang berkenaan usaha sosial.



Ia dilancarkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong sempena Karnival SG Cares di Our Tampines Hub (OTH) semalam.



Karnival anjuran bersama gerakan SG Cares dan Mediacorp itu menampilkan pelbagai kegiatan yang menonjolkan bermacam inisiatif dan usaha sosial sepanjang hari.



SG Cares adalah satu gerakan nasional bagi menyokong semua yang mahu menjadikan Singapura sebuah masyarakat lebih penyayang.



Dalam ucapan ringkasnya, Encik Lee berkata aplikasi itu memudahkan penduduk Singapura mendaftar sebagai relawan, menderma atau menyumbang kepada masyarakat menerusi kaedah berbeza.



Ini memandangkan ramai orang meluahkan keinginan membantu orang lain tetapi mereka tidak tahu bagaimana atau cara terbaik melakukannya.



Encik Lee juga berkata SG Cares mahu mendekati lebih ramai orang dan mengesahkan amalan baik mereka demi mencetuskan inspirasi buat orang lain agar tampil membantu.



Lebih sejuta rakyat Singapura kini melakukan kerja sukarela dan dengan meraikan kisah rakyat biasa yang membantu masyarakat, bilangan relawan itu boleh ditambah lagi, ujarnya.



Beliau memberi contoh kisah Encik Muhammad Afzal Abdul Hadi, 22 tahun, yang melakukan kerja sukarela bersama gerakan sukarelawan belia, Youth Corps Singapore, bagi membantu keluarga berpendapatan rendah.



Selain itu, SG Cares juga akan mendapatkan badan khidmat sosial, rakan korporat, agensi awam dan akademik agar bekerjasama secara lebih berkesan demi membawa impak lebih besar kepada masyarakat.



Encik Lee menambah dengan membantu golongan yang memerlukan dalam masyarakat dan mendalami rasa tanggungjawab bagi satu sama lain, ia akan membantu rakyat Singapura membina sebuah kediaman lebih baik.



Ini bererti setiap orang mampu menyumbang kepada sebuah masyarakat penyayang yang dapat menikmati sokongan sosial lebih kukuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >