Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aplikasi SingPass Mobile baru bolehkan pengguna log masuk ke khidmat elektronik pemerintah dengan pengimbasan cap jari atau muka

Oct 22, 2018 | 02:10 PM



WARGA Singapura kini boleh imbas cap jari atau muka mereka untuk log masuk ke dalam ratusan khidmat elektronik pemerintah.



Ini menghapuskan kesukaran mengingati kata laluan bagi khidmat-khidmat tersebut.



Ini dapat dilakukan dengan pelancaran SingPass Mobile hari ini (22 Oktober), sebuah aplikasi yang dibangunkan GovTech, agensi di sebalik transformasi teknologi sektor awam di Singapura.



Sistem kata laluan kini terdedah kepada penyalahgunaan dan risiko keselamatan apabila orang ramai menggunakan kata laluan yang mudah diteka atau mengongsinya dengan rakan-rakan.



Namun apabila pengguna meletakkan kata laluan yang sukar, mereka lupa kata laluan itu dan sering meminta kata laluan mereka diset semula.



GovTech berkata ia menerima 150,000 permintaan daripada pengguna SingPass untuk set semula kata laluan mereka setiap bulan.



Terdapat 3.3 juta pengguna SingPass hari ini.



Mereka masih boleh log masuk menggunakan kata laluan, kerana akan terdapat tempoh peralihan bagi orang ramai berpindah ke pengesahan biometrik.



Aplikasi SingPass Mobile itu boleh didapatkan di Google Play Store dan Apple App Store.



Ciri imbas cap jari boleh digunakan dengan semua peranti, tetapi pengimbasan muka cuma boleh digunakan pada peranti Apple iOS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >