Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aplikasi terbaru BH.sg untuk iPad dilancar

May 26, 2015 | 06:25 PM



DAPATKAN versi terbaharu aplikasi bergerak BH.sg yang boleh dimuaturun secara percuma dari Apple AppStore.


Aplikasi bergerak BH.sg untuk pengguna tablet bersandarkan pada sistem Android pula akan dilancarkan Jumaat ini.


Versi baru aplikasi itu bagi telefon bijak jenis Android dan iOS telah dilancarkan pada Februari lalu.


Aplikasi-aplikasi itu akan dilancarkan secara rasmi pada Sabtu ini.


Pengguna harus memuat turun versi terbaru aplikasi BH.sg secepat mungkin kerana versi lama akan dihentikan perkhidmatannya dalam masa dua minggu.


Pengguna perlu menaip 'Berita Harian' atau 'Berita Harian.sg' di petak carian Apple AppStore bagi mendapatkan aplikasi terbaru BH.sg.


Sebagai menghargai pengguna yang memuatturunkan aplikasi-aplikasi terbaru BH.sg, pengguna berpeluang menikmati akses digital percuma selama dua minggu.


Antara ciri menarik versi baru ialah, reka letaknya yang mesra pengguna bagi memudahkan pengguna melayari aplikasi tersebut untuk mendapatkan bahan berita.


Versi sebelum ini memanfaatkan kemudahan HTML5 yang memerlukan pengguna sentiasa berada dalam talian untuk menikmati bahan berita secara elektronik.


Namun, versi baru menyediakan akhbar elektronik, atau E-Akhbar, dalam format PDF yang, setelah dimuat turunkan, membolehkan pengguna menikmati bahannya tanpa perlu berada dalam talian.


Berita terkini dari dalam dan luar negara turut disajikan dengan paparan yang lebih padat menerusi versi baru itu.


Saiz paparan di skrin boleh dibesarkan atau dikecilkan dengan hanya menyentuh butang saiz di sudut kanan skrin.


Bahan berita juga disusun rapi mengikut kategori seperti dunia, sukan, setempat dan ekoniaga.


Ini membolehkan pengguna untuk terus memilih bahan berita yang ingin dibaca.


Kategori Berita Terkini menawarkan perkembangan mutakhir bagi pengguna yang ingin membaca berita semasa.


Versi terbaru itu juga membolehkan pengguna menikmati paparan foto di Galeri Foto yang dikemaskini setiap hari.


Pengguna juga boleh menikmati kandungan video eksklusif Berita Harian menerusi perisian Movideo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >