Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS

Arab Saudi pergiat usaha sambut 2 juta jemaah haji

May 21, 2023 | 05:30 AM



MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa ia telah memaksimumkan usaha untuk menyambut jemaah bagi musim haji tahun ini apabila bilangan jemaah dijangka kembali ke tahap prapandemik.



Pihak berkuasa di Makkah, pada minggu lalu, telah menjalankan tinjauan mengenai persiapan yang diatur di tapak-tapak suci yang dijangka menjadi tumpuan.



Sebuah jawatankuasa haji pusat telah mengadakan pertemuan di Makkah bagi membincangkan projek-projek yang dijalankan di tempat-tempat suci untuk menerima sejumlah besar jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi bagi musim haji tahun ini.



Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, pada awal tahun ini, mengumumkan bahawa negara itu bersedia menerima dua juta jemaah pada musim haji tahun ini, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).



Perbincangan yang dijalankan awal bulan ini menunjukkan bahawa lebih 4,000 permit telah dikeluarkan setakat ini bagi membolehkan kediaman digunakan untuk menempatkan jemaah haji. Lebih 19,000 bas juga disediakan untuk mengangkut mereka.



Mesyuarat itu, yang diketuai oleh Timbalan Gabenor Makkah Putera Badr Sultan, juga menguji kesiapsiagaan kemudahan dan kelengkapan yang disediakan di tempat-tempat suci yang menjadi tumpuan jemaah.



Pihak berkuasa di Makkah melaporkan di Twitter bahawa mesyuarat itu, terutamanya, menyemak latihan kesiapsiagaan yang dijalankan baru-baru ini serta perancangan untuk memastikan kesediaan penuh agensi-agensi terlibat untuk menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi kepada jemaah haji.



Ibadah haji, yang merupakan rukun Islam kelima, dijadual bermula pada akhir Jun ini.



Arab Saudi berkata ia tidak akan mengenakan sebarang had pada bilangan jemaah haji dari seluruh dunia untuk musim haji tahun ini, sekali gus membatalkan sekatan awal yang didorong pandemik Covid-19.



Dalam tempoh dua tahun lalu, Arab Saudi mengehadkan bilangan jemaah yang dibenarkan menunaikan ibadah haji bagi mengelak penularan pandemik itu.



Pada 2019, tahun terakhir sebelum Covid-19 melanda, kira-kira 2.6 juta jemaah dapat menunaikan ibadah haji.



Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dalam satu tweet, berkata bahawa negara itu, yang menempatkan dua tapak paling suci Islam di Makkah dan Madinah, tidak akan mengenakan sekatan, termasuk had umur, untuk musim haji kali ini.



Pada 2022, akses untuk mengerjakan ibadah itu dihadkan kepada jemaah berusia antara 18 dengan 65 tahun dan yang telah mendapatkan suntikan vaksin sepenuhnya atau diimunisasi bagi koronavirus dan tidak menghidap penyakit kronik.



Selama bertahun-tahun, Arab Saudi telah membelanjakan berbilion dolar untuk memastikan musim haji, salah satu perhimpunan agama terbesar di dunia, lebih selamat.



Pelan pembaharuan ekonomi Putera Mahkota Mohammed Salman juga menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti umrah dan haji kepada 30 juta jemaah setiap tahun.



Untuk memastikan kemasukan lancar jemaah dari seluruh dunia ke negara itu, Kumpulan Saudia, yang merangkumi Penerbangan Saudia, flyadeal dan Saudi Private Aviation, memperuntukkan lebih 1.2 juta tempat duduk untuk jemaah haji dari seluruh dunia.



Penerbangan haji antarabangsa pertama ke negara itu dijadual tiba pada 21 Mei.



Di bawah pelan bersepadu itu, Kumpulan Saudia, akan menyediakan sebanyak 176 pesawat untuk membawa jemaah haji dari lebih 100 destinasi berjadual dan 14 destinasi bermusim ke enam lapangan terbang di Arab Saudi - di Jeddah, Riyadh, Dammam, Madinah, Taif dan Yanbu.



Seramai 8,000 kru kokpit dan kabin yang boleh bertutur dalam 42 bahasa berbeza akan disediakan bagi melayani tetamu sepanjang perjalanan mereka; sebagai mencerminkan sifat pemurah dan layanan mesranya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >