Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Arahan bagi tiga pemimpin kanan WP kemukakan dokumen

Kali kedua Pritam beri keterangan kepada * Jawatankuasa Hak Istimewa * Pritam setuju ada kata-katanya beri gambaran pada Raeesah pilihan sama ada untuk terus berbohong atau sebaliknya
Dec 16, 2021 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Hak Istimewa (COP) Parlimen telah mengeluarkan arahan kepada Ketua Pembangkang dan Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, serta Anggota Parlimen (AP) WP yang lain - Cik Sylvia Lim dan Encik Muhamad Faisal Abdul Manap - semalam untuk mengemukakan dokumen tertentu Isnin ini.



Menerusi satu kenyataan semalam, Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen berkata ketiga-tiga mereka gagal menghasilkan dokumen itu meskipun diminta jawatankuasa tersebut untuk melakukan demikian dari 10 hingga 14 Disember lalu.



Dokumen itu termasuk komunikasi antara pucuk pimpinan parti tersebut berhubung isu yang diutarakan jawatankuasa itu.



Menurut laporan khas kelima yang dibentangkan COP ke Parlimen semalam, Encik Pritam, Cik Lim dan Encik Faisal gagal dan/atau enggan menghasilkan dokumen itu.



"Oleh itu, arahan telah dikeluarkan kepada (mereka semalam). Jawatankuasa akan mempertimbang respons Encik Pritam, Cik Lim dan Encik Faisal berhubung arahan itu pada Isnin, 20 Disember," menurut laporan itu.



Menurut laporan itu lagi, prosiding jawatankuasa itu rata-ratanya sudah selesai kecuali beberapa perkara yang akan dinilai dan ditangani jawatankuasa tersebut.



Jawatankuasa itu kemudian akan membentangkan hasil dapatannya serta saranannya kepada Parlimen kelak.



COP yang menyiasat kes pembohongan Cik Raeesah Khan di Parlimen turut mendengar keterangan lisan daripada Encik Pritam semalam.



Ini kali kedua beliau memberikan keterangan kepada COP selepas Cik Lim menghasilkan Isnin lalu.



Dalam dokumen itu yang dirakam kata demi kata, ia menyatakan bahawa Encik Pritam berkata kepada Cik Raeesah bahawa:



"Sebelum sesi Oktober, saya jumpa anda, saya beritahu anda ini keputusan anda."



Encik Pritam mengesahkan bahawa nota yang dirakam Cik Lim itu tepat menunjukkan apa yang beliau katakan kepada Cik Raeesah semasa pertemuan panel disiplin pada 29 November lalu.



Tambahnya, beliau bersetuju bahawa frasa "keputusan anda" itu mungkin difahami sebagai beliau memberitahu Cik Raeesah pada 3 Oktober bahawa beliau harus membuat pilihan sama ada untuk memberitahu hal yang sebenar atau terus berbohong jika beliau ditanya pada 4 Oktober.



Namun, Encik Pritam berkata maksudnya ialah bahawa Cik Raeesah harus bertanggungjawab bagi tugasnya di Parlimen sambil menambah bahawa apa yang dikatakannya kepada Cik Raeesah semasa pertemuan panel disiplin itu harus difahami mengikut konteks.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, yang juga antara anggota COP itu, bertanya sama ada Encik Pritam bermaksud untuk meminta Cik Raeesah membuat pilihan apabila beliau berkata "keputusan anda".



Encik Pritam berkata:



"Inilah cara saya bertanya Cik Raeesah di pertemuan panel disiplin itu.



"Namun apa yang saya katakan kepadanya di pertemuan di rumahnya pada 3 Oktober adalah jelas bahawa beliau harus bertanggungjawab bagi hal ini."




Laporan lanjut:




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >